Wednesday, March 31, 2010

hidup baru

salam buat semua..lama sudah kiranya jari jemari ini tidak mencoretkan penanya kat laman blog kemboja ini.Apa perkembangan terbaru langsung aku tidak ambil tahu. Tidak berkesempatan.entah lah.setelah kutunggu, penantian ini selesai jua akhirnya. Tapi apakah ini bermakna aku berjaya?Apa ertinya kejayaan ini?aku masih belum merasakan bahawa aku telah berjaya.apa nak jadi dengan aku ini.kini, aku berpraktikal di sebuah sekolah di pelabuhan klang.banyak pengalaman dan kenangan yang aku tempuhi di sini. semuanya bercampur baur tapi yang banyaknya kenangan pahit.aku merasakan bahawa aku hidup sebatang kara di sini.walaupun datang berdua, tetapi entahlah...inilah hidup yang sebenar2nya.aku yang dikatakan mementingkan diri sendiri kini ditikam dari belakang pula.pelbagai cerita yang buruk tentang aku disebarkan kepada orang lain, walhal aku cuma menjalankan hal aku sahaja.inilah dugaan Allah buatku.aku akan terus bersabar selagi aku mampu.tapi sekiranya sabar ini sudah melebihi had, aku tahu la ape yang perlu aku lakukan. namun, dalam meniti hari2 yang pahit, aku jua mendapat hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku.Seorang teman yang aku sudah lama aku kenal kini sudah pun memeluk Islam.Beliau berbangsa Iban. betapa hatiku tenang.betapa perjuanganku selama ini terbalas jua.Walaupun ahli keluarganya agak menentang keras, namun sebagai seorang insan yang rapat dengannya, aku akan terus memberinya sokongan selagi aku berdaya. Dan aku tahu, perjuangan ini mendapat banyak sokongan juga dari teman-teman yang lain. aku juga mendapat keluarga angkat di sini.Sebuah keluarga yang sederhana cuma, tetapi mereka menyayangiku seperti anak mereka sendiri.Aku juga mendapat ramai kenalan baru. Segalanya bermula di chat room putrajaya3. mereka semua masing-masing punya nama dan id tertentu. Lat, Goku, Gel, Ainzz, Cute, Epul, Lan..semuanya best dan supportive.dan aku pula dengan gelaran tong.hahaha..teringat pula bagaimana aku mendapatkan id tersebut.Baru-baru ini iaitu hari Ahad yang lepas, kami telah mengadakan satu perjumpaan bertempat di Sg Congkak di Hulu Langat, Selangor.Lat yang menjemput aku di port klang ini. Betapa berhormatnya aku dijemput oleh King Room..huhuhu..sampai je di sana, semuanya bersalam dengan aku dan menegur aku dengan sangat mesra.Ya Allah, inilah kurniaan dari-Mu.Aku sedih kerana kehilangan seorang sahabat tapi Allah itu Maha Adil.Aku dikurniakan dengan ramai lagi teman-teman yang boleh bergelak ketawa dengan aku. Lupa seketika aku pada yang seorang itu.Inilah hidup baru yang aku ada sekarang ini dan akan kuhargai semua kenangan itu sampai aku mati.

No comments:

Post a Comment