Tuesday, September 1, 2009

di mana noktahnya perjalanan ini..

salam kpd semua..alkisahnye bermula dgn masa berbuka tadi..hari ni, aku bukak puasa bersama dua sahabat baikku iaitu ela dan faiz..pertemuan yg pada mulanya tidak dirancang..bermula dengan sms from ela..aku terima pelawaan itu dgn hati yg sgt2 terbuka.. alhamdulillah berjalan dengan baik. sudah lama kiranya aku tak meluangkan masa bersama dua insan istimewa ni.kalau faiz ade, ela pulak yang tak ade..rindu korang semua..pertemuan ini sememangnya tidak disia-siakan..selain makan-makan, perbualan kami memang tak terlepas dari 'masa depan' dan 'perhubungan'..dua perkara ni seolah-olah menjadi trademark kami sejak dulu lagi..kami yang tak lekang-lekang dari ketawa itu terdiam apabila mendgr faiz yang asyik menceritakan entri di blognya..kita sudah hampir untuk kita semakin jauh..begitulah lebih kurangnya..sama-sama berfikir.bila kuimbas, aku sudah pun melangkah ke semester tujuh.ini pun sudah separuh semester dh..banyak perkara yang aku alami sepanjng tujuh semster ini yang sudah tentunya berkaitan dengan suka dan duka dengan kawan-kawan..aku harap aku tidak akan lost contact dengan kalian semua..namun, di manakah noktahnya perjalananku?kalau ikut apa yang aku impikan, aku ingin menyambung pengajianku ini..ke peringkat master..layakkah aku?pelbagai monolog yang aku dgr..biasalah, segelintir manusia hanya pandai memberikan komen yg macam2..sentiasa menghalang dan memberi alasan walhal mereka pun sama juga jahil pengetahuannya..aku sentiasa berfikir dan berfikir..bolehkah aku hanya duduk di sekolah sebagai kaunselor..sedangkan aku fikir aku masih boleh pergi lebih jauh dari itu..di mana noktahnya..aku harap sgt2 kepada lecturer dan kawan2 yg ada impian sepertiku, apa kata kita berbincang tentang hala tuju kita..tapi tu la, ilmu ni tak akan datang bergolek kalau kita tak cari..aku dikurniakan pemikiran yang agak matang dan agak berpandangan jauh..apa yang aku buat pada hari ini akan melahirkan aku pada masa akan datang..nampak seperti aku tidak serius di dalam kelas..aku ingin berkongsi sedikit cerita di sini..pada awal-awal semester dulu, aku rajin sangat nak baca buku..itulah kerja aku tak kira masa..sehinggakan kawan-kawan aku ajak pergi wat prgram pun aku tolak..kononnya nak habiskan masa untuk study dan wat asgmt..kini, baru aku sedar.ilmu itu bukan hanya dari buku dan sebenarnya pengalaman itu lebih bermakna..dan aku ingin membina pengalamanku sendiri..