Tuesday, October 20, 2009

penat tapi puas..

salam kpd semua..lama kiranya aku rasa tak mencoret kat blog ni.dgn diriku yang tak terurus selama sebulan ni, memang aku tak mampu nak luangkan masa aku depan pc kesayangan aku ni.dan aku pasti, kawan-kawan pun mempunyai masalah yg sama terutama rakan-rakan kaunseling..sibuk kan nak buat tesis?erm..bukan sibuk sebenarnya, itu lah perjalanan hidup kita sebagai seorang pelajar.lumrah dan lama-kelamaan, saat itu akan berlalu jua..memang aku penat, memang jua aku letih..aku wat tesis di sekolah di kawasan JB dan tempoh nk buat tu terpaksa memakan masa selama seminggu..aku perlu menanti pihak sekolah untuk edarkan soal selidik tu (survey) sehinggakan aku terpaksa ponteng kelas..bukan apa, akhir-akhir semester ini, masalah kewangan menjadi penghalang..jadi, untuk menjimatkan kos, aku terpksa ponteng kelas dan menanti di JB saja..urusannya bukanlah senang..aku terpaksa turun naik JPN sebab pengetua tu mintak surat JPN..masa nak cari JPN, sikit punya payah..aku terpaksa suruh abg aku keje separuh hari untuk teman aku cari JPN Johor..kami orang susah, kereta pon tak ade.jadi naik motor je la.bayangkan nak cari JPN, 3 jam kami dok pusing-pusing dengan motor..dengan keadaan yg panas terik, dengan kepala aku yang tertekan, dengan abg aku yang bwk motor laju..aku rasa macm nak meletup sgt dah.tapi sabarrrr...itulah ungkapan yng aku guna untuk pujuk diri sendiri.bukan tak tanya orang, dah tanya..tapi yela..kalau kami memang asal JB, itu bukanlah satu masalah yang sukar..kenapa aku pilih JB?erm..entah ek..ingin aku keluar dari kepompong yang menjerat diriku..inilah jua peluang untuk aku tengok dunia lain..dan akhirnya, alhamdulillah...siap sudah saat untuk edarkan soal selidik..tibalah masa untuk key in dan analisis data pulak.alhamdulillah, kerja aku dipermudahkan lagi..malam tadi, seorang sahabat sanggup datang membantu aku, Afiti dan juga Napisah untuk analisis data ni.itulah dia sahabat aku, Faiz..mulanya, aku dan Afiti masak la sikit-sikit..untuk hidangkan kat sahabat aku ni.Afiti masak mihun sup, aku pulak goreng cekodok bawang..makan sudah, apa lagi..merangkak-rangkak lah kami untuk analisis data..lama juga nak makan masa tu.semuanya saling membantu malam tadi.Faiz tlg aku analisis..kami yang lain tlg Afiti tanda-tanda soal selidik...aku tolong Napisah key in data..alhamdulillah, kerja settel..tapi kpala aku dah pusing sangt dah ni..tibalah kul 4 pagi..baru lah Faiz balik.kami wat kerja di depan rumah kami la..siap bntang tikar..aku, Fiti dan napisah ni kononnya nak hantar faiz sampai depan rumah dia kat Taman Malim tu..terpaksa lah jalan kaki dari rumah kami..tapi tu la..kul 4 pagi, memang semua kecut perut..mulut aku ni tak lepas dari baca ayat Kursi tapi baca perlahan-lahan je la..kang kena kutuk penakut ngan diorang ni..bukannya ape, takut ada anjing sesat je kat situ..masa nak masuk Taman Malim tu, memang ada pon sekor anjing kat lorong tu..berdiri tegak dengan ekor yang bercacak, apa lagi, kami pusing la balik..aku dengan pakai seluar tdo, Napisah yang pakai skirt, Afiti yang cuma berkain batik dan Faiz yang hanya berseluar pendek..memang lawak..sampai pembahagi jalan tu pon kami lompat..huhuhu.punyalah takut kena kejar..lastly, bila anjing tu dah pusing ke lain, Faiz pon balik sorang-sorang dengan langkah seribu..aduhai..semester ni, banyak sangat kenangan manis yang tak dilupakan..tapi kita semakin hampir untuk kita semakin jauh..sedey sangat2..

Wednesday, October 7, 2009

alkisah aku, faiz dan napisah dikejar anjing

huhuhu..geli hatiku bila mengingatkan kenangan semalam..ni faiz punya perancangan lah ada mulanya.faiz kan on diet sekarang, jadi dia pun mengajak aku dan napisah menemaninya berjoging.so, tak kisahlah sebab jogging tu pun untuk kesihatan aku jugak kan..lalu, jogging lah kami pusing-pusing taman bernam (syurga anjing).bukanlah jogging pun, cuma jalan kaki aje..hehe..lepas tu, faiz dan napisah mengajak aku memasuki satu lorong tu.sebelum ni, aku pernah melalui lorong tu untuk pergi ke umah klien sesi kanak-kanak..seingat aku, ada anak anjing yang sangat comel kat situ..memang pun aku terserempak dengan anjing comel tu..masa tu, anjing tu tengah bermain-main dengan maknya..huhuhu..aku pun takut la melihat anjing tu..apalagi, aku ajak faiz dan napisah masuk lorong lain..masuk je lorong tu, dari jauh lagi dah kelihatan seekor anjing yang agak besar juga..ala-ala serigala gtu..menyalak-nyalak dekat kami.apalagi, aku yang takut-takut lebih-lebih ni berkeras jugak nak pergi ke jalan yang lain..pelik bin ajaib, napisah ngn faiz rileks je..aduhaii,jalan punya jalan, sampai lah kami di restoran jejari..mulanya, nak menguruskan badan tapi lain pulak jadinya..aku order manggo shake dan juga mee rebus..sedap giler..pehhhhhhhh!lepas tu, jalanlah kami nak balik dah ni..sampai di satu lorong antara bilik kuliah taman bernam dan restoran kunyit, tiba-tiba muncullah anjing yang tak tahu sesat dari mana.dok kejar motor seorang apek cina..tak tahu macam mana, anjing betukar haluan lalu mengejar kami..aku yang perasan anjing tu dah terlalu dekat, apa lagi...pecut 100 meter la..memang besar anjing tu, paras paha kot, berwarna putih..aku sempat lagi melihat di leher anjing tu, tedapat satu rantai..mungkin anjing ni sememangnya anjing liar dan terlepas kot..huhuhu...aku lari la masuk mekanik yang ada kat situ..nape aku masuk mekanik?sebabnya ada banyak motor kat luar dan confirm anjing takkan dapat masuk dan kejar aku..aku masih dapat melihat bagaimana anjing tu mengejar faiz..tapi pelik.faiz tak lari tapi dok mengangkat-angkat kakinya sebab takut digigit.napisah pulak lari masuk ke kedai runcit dan nak menyorok kat bawah kaunter dengan harapan anjing tu takkan dapat masuk kat bahawa kaunter tu..hahaha..dah tengok napisah masuk ke kedai tu, faiz pun baru lah langkah seribu..malu sangat bile dingatkn detik-detik tu...aku yang lari masuk ke mekanik tu ditertawakan oleh abang-abang proton yang ada kat situ..huhu..memang malu gila..tapi ni lah sebenarnya kenangan kami yang manis..huhu..tapi lepas ni, aku dah confirm fobia dan takut dah untuk berjalan kaki di kawasan itu.

Friday, October 2, 2009

sahabat





salam kpd sume..alhamdulillah, hari ni aku rasa lega dah berbanding semalam..walaupun mataku memang bengkak, tapi aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang setia berada di sisi.betullah kata orang, cinta yang hilang boleh dicari tapi sahabat sukar untuk ditukar ganti.thanks aku ucapkan kepada kalian semua kerana sentiasa mendengar luahan hati dan membuat aku berasa sangat happy pada hari ini.

Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…