Saturday, January 31, 2009

A to Z tentang LELAKI....


Haaaaaaaaa..baca2..rugi kalo xbaca...sekadar hiburan dan pengetahuan aje..

A – ALA-ALA
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki2 gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.

B – BOHJAN
Tidak! Tidak! Tidak! Kategori yang paling ditakuti… masalah sosial yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingat, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata2 demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas!

C – CEMBURU
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing2 mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la…

D – DUGONG
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar… ha, macam2 alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur!

E – EMAS
Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa…kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih2 lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain2 dengan kata2! Lagi mudah nak buat perempuan cair!

F – FIDOFILIA
Harapkan pagar, pagar makan padi! Mintak dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya membahayakan individu lain yang berada di sekelilingnya! Kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadinya kes-kes rogol terhadap kanak2!

G – GIGOLO
Ganas bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistik dalam diri semata2. Sanggup mengggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.

H – HIPOKRIT
Depan lain, belakang lain! Spesies sebegini memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini mudaha sahaja! Mereka bijak berkata2… pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata2 yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang digambarkan! Depan kita, pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita… hanya Tuhan yang tahu! Sebaiknya selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum kamu tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.

I – INTELLIGENT
Berpendidikan dan serba tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam linkungan topik apa pun, dia tentu bijak berbual… tapi ada kalanya perlu berhati2 juga kerana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki, tapi hakikat dalam kehidupan… macam itulah! Bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, pasti ada dalam diri setiap individu… kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan?

J – JAMBU
mmm… boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang2 agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!

K – KAKI KENCING
Minta dijauhi dari ditemukan denga lelaki yang sedemikian perangainya! Pelbagai janji yang ditaburkan, tapi tiba masanya untuk melaksanakannya, hmm… fahm-faham sendirilah! Kesimpulannya di sini, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kalau terus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti!

L – LOYA BURUK
Bercita-cita nak jadi peguam tapi tak berkesempatan kerana taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loya buruklah dia! Individu yang tergolong dalam kategori ini memang sukar untuk serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun! Selalunya mereka kerap menjadi penglipur lara yang gemar membuat lawak silap2 hari bulan, kerana loya buruknya itu, boleh buat gaduh tau!

M – MACHO
Wah! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasi menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan… tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan!

N – NANGIS
‘Sememeh la mamat ni! Sikit2 nangis! Macam perempuan lah’. Mungkin hatinya selembut sutera. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot! Namun harus berhati2 juga kerana mungkin mamat tu berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih simpati! Awas, jangan mudah terpedaya!

O – OPSS…
Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri sendiri! Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P – PERASAN
‘Akulah yang paling hensem kat sini.’ Kalau dah namanya perasan, sememangnya telah tertulis di mindanya bahawa dialah yang terbaik! Kalau berada di mana2, khususnya di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya.

Q – QUALITY CONTROL
Semuanya nak ‘perfect’ baik dari segi penampilannya mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya! Memang bagus jika bertemu dengan spesies jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri! Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak ‘high taste’!

R – RILEKS
‘Cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu2 sebaliknya dia kaan berfikir panjang sebelum bertindak!

S – SYOK SENDIRI
Kes berat ni! Syok sendiri dikhuatiri bakal menimbulkan sifat perasan. Lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasaan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijakmengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati wanita yang diminatinya itu…sedangkan dia hanya syok sendiri! Hal ini bakal menyusahkan orang lain pula.

T – TULEN
Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang terlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis2 di luar sana.

U – UNIVERSAL
Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya, lelaki yang tergolong dalam kategori ini mudah untuk mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak karenah!

V – VOUGE
Wah… sentiasa menjaga penampilannya! Namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Diakui lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas! Ha, jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai! Pastinya yang mahal2 demi menjaga status.

W – WAS-WAS
‘Gunakan tanpa was-was’, sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri adalah lebih baik kita cuba menghindarinya. Perasaan was-was timbul apabila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara! Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identiti dalamannya.

X – X-FILES
Misteri dan menjadi tanda tanya. Sukar untuk membongkar peribadi lelaki misteri ini kerana sikapnya yang sentiasa berubah2 dan amat sukar untuk ditafsirkan! Mungkin pasangan nya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang skar dijangka!

Y – YO-YO
Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo ini. Kadangkala kerana sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggungjawab.

Z – ZIBRA
Memang bahaya! Lelaki zebra atau hidung belang sering melakukan perkara atas sebab2 tertentu khusus untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dala kategori ini lebih dikenalik= sebagai kasanova!


hayatila segala yg tersirat

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I'll never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?


Is there any way that I can stay in your arms?
If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?(husband)hehe
I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you're the one I build my home with
I hope I love you all my life
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it's wrong or right
I know I can't be with you tonight
You know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms