Tuesday, September 29, 2009

silaturrahim






jam menunjukkan pukul 12.38 pgi..mata ni sebenarnya sudah lama layu tetapi ada beberapa misi yang belum selesai..aku gagahkan jua la semata-mata untuk menulis di entri ini. tak ku sangka, raya telahpun berlalu..cepat je kan masa berlalu.bayangan waktu kecil dulu menjelma di ingatan ni..tika itu, aku baru pandai bermain bunga api..masih dengan muka tak malu meminta duit raya..sekarang, aku sudahpun berumur 23 tahun..aku pula yg memberi duit raya kat budak-budak..raya tahun ini aku habiskan di rumah kakak aku di johor bharu.happy juga beraya di sini sebab agak meriah dengan suara nakal budak-budak..namun, sayu pula hati apabila teringatkan ayah di kampung.

walaupun di sana ada internet, tapi aku masih tak berkesempatan untuk menulis di blog kerana sibuk melayan karenah anak-anak saudara..sesekali, aku menjenguk tagged dan friendster..peluang diambil untuk menghantar email kepada saudara di Australia iaitu jehangir khan..siapa jehangir khan ini?sebenarnya beliau ini ialah adik kepada abg ipar aku..mereka ni berasal dari Pakistan..sekarang, abg ipar aku telahpun mendapat status pemastautin tetap di Malaysia manakala adiknya menjadi pemastautin di Australia..jodoh itu tak ke mana..saudara aku ini pun berkahwin dengan warganegara Australia..sesungguhnya, aku bertuah sangat-sangat kerana berpeluang untuk bersaudara dengan orang jauh.tidak hairan kalau kita dengar abang atau kakak kita belajar di oversea..tapi aku ni lain..bersaudara dengan orang yang sememangnya org oversea..hehe..aku sangat bertuah kerana sesungguhnya silaturrahim ini bukan senang untuk terjalin..aku pula bagaimana?di sini, aku paparkan beberapa gambar saudara aku ini..semoga ukhwah ini terjalin bahagia..