1959 Ford Fairlane Wiring Diagram
1 year ago
Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.


hoho..lawak ade, geram pon ade..aku ni dilahirkan sebagai seorang yang tak pandai masak..tapi satu yg special tentang aku ialah aku rajin nak mencuba.tapi cubaan tu hanya dibuat apabila aku dok sorang2 je kat dapur..aku kena explore sendiri tanpa ada banyak songeh dari orang lain..biasalah kan,setiap orang tu resepinya berbeza-beza..kalau aku memasak sambil ada mulut-mulut yang dok mengacau, aku tak akan memasak.well, hari ni aku nak kongsi la sikit tentang resepi yang aku cuba semalam..seumur hidup aku ni, aku tak pernah memasak rendang walaupun pada hari raya..dan aku suka makan nasi ayam tapi aku tak pandai buat nasi ayam.sambil melayari internet, aku tak pernah pun melepaskan peluang untuk mencari resepi kegemaran..hehe..dan nah, inilah hasilnya..rendang yg aku masak rasa kari tapi boleh tahan juga sedapnya..nasi ayam yang aku masak ni jgk lembik..huhu..tapi ayamnya sedappppp...mungkin aku ni hanya boleh masak lauk-pauk je kot..walaupun begitu, aku tak akan putus asa untuk terus belajar memasak sebab ni hobi baru aku (persediaan nak kawin)huhu..








salam kpd sume..bukak puasa sudah, solat pun sudah..alhamdulillah..hari ni, aku berbuka dengan nasi lemak hasil air tangan mekda alfonso dan juga campuran kerjasama napis ferrer dan aku (potong telur je..)huhu..namun, aku tak tenang semasa berbuka..termenung semasa makan.housemate aku tanye "dah kenyang ke sampai termenung?"..aku menjwb di dalam hati sahaja dan cuma aku yang tahu jawapan tersebut..sebenarnya, banyak perkara yang aku fikirkan.entahlah, mungkin perkara itu remeh tetapi ianya merupakan satu aspek penting bagi aku..dan itu yg membuatkan aku berfikir.berkecamuk, berantakan..jiwa kacau mengenangkan sesetgh individu yg..entahlah.aku hanya mampu mengeluh.aku terpaksa pujuk diri aku sendiri supaya tabah menghabiskan sisa-sisa di UPSI ini..kenapa perlu jadi sebegini?aku berasa agak kecewa.tiada cita-citakah 'mereka' untuk berjaya?aku hanya beranggapan bahawa insan-insan ini sebagai insan yg lemah dan sangat selfish..walaupun aku merasakan bahawa aku sudah terlalu banyak consider, namun aku tahu bukan semua orang menghargai pengorbanan yang kita lakukan..buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi aku hanya mampu bersabar.sejak semester satu sehingga sekarang, langsung tiada perubahan yang aku lihat..haruskah aku yang sentiasa berubah untuk orang lain?perlu ke..walhal, aku sendiri masih punya kehidupan..demi cita-cita yang aku angan-angankan, aku sabar selagi yg termampu..hanya ungkapan sabar yang terpacul di mulutku ketika polemik minda ini sedang hangat bermain-main di kepala..aku agak terkilan apabila sesetgh individu ini menjadikan org lain sebagai puncanya..alasan yg aku sendiri tidak tahu dan tak logik.kenapa perlu orang lain yg disalahkan sedangkan salah itu sebenarnya berbalik kepada diri kita?helah bela diri kn..inikah hasil yang dituai selama bertahun-tahun belajar di UNIVERSITI?..lega rasanya dapat meluahkan rasa di hati ini..ungkapan "masing-masing dah matang" tu sebenarnya sekadar ungkapan yang tiada makna dan tak dihayati..aku sedikit terkilan


salam kpd sume..erm, alhamdulillah..lega sedikit hati ini..walaupun terpaksa merangkak-rangkak, akhirnya ada asigmt yang berjaya disiapkan iaitu jurnal kanak-kanak, jurnal modifikasi dan paling penting proposal aku..cuma,tinggal lagi untuk dapatkan cop pengesahan penyelia sahaja..hehe..alhamdulillah..aku sebenarnya kurang sihat ni, mungkin disebabkan oleh keadaan yang tidak berapa nak tenang ni iaitu musim H1N1..jadi, tak peliklah andai aku kata ramai student yg kurang sihat skrg ni..erm, aku bangun pagi-pagi lagi untuk menyiapkan tugasan modifikasi tingkahlaku..giliran aku sudah siap, aku serahkan pula pada Napis..sorry ek Napis..sambil dok layan-layan internet ni, aku baca la satu 'tema' kegemaran aku iaitu pasal kecantikan.wanita sememangnya begitu sinonim dengan kecantikan..paling kurang pun, tentu akan mengalas jugak dengan sedikit bedak..kan..begitu juga aku.aku memang suka membaca tentang kecantikan dan juga penampilanku. sebenarnya ini amat penting untuk kembalikan keyakinan pada diri kita, tambahan pula aku akan menjadi seorang wanita yang berkerjaya nanti..ada segelintir wanita atau lelaki yang bertanya, untuk siapa kita menghiaskan diri?untuk siapa kita perlu melawa?ni nak jawab cket..bgi aku, aku melawa hanya untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keyakinan diri sendiri..tapi opps, bedak tebal saje pun tak guna kalau badan bau busuk..jadi, kena seimbang la..percaya atau tidak, satu ketika dulu, aku berasa sangat rendah diri..aku rasa diri aku tak cantik dan aku sangat tak suka tengok cermin dan ambil gambar..kalau anda semua perasan, masa aku di semster satu pun, aku masih kurang ambil gambar kerana aku merasakan wajahku tidak cantik..tetapi, keadaan ini berubah apabila aku mula mengenali sahabatku yang bernama Nor laila..hehe..dia ni nampak simple sahaja sebenarnya..tapi Ela la yang ajar aku cara-cara nak mekap..bukan la mekap tebal..sekadar nak kembalikan rasa cantik dalam diri..dan hasilnya, memang betul..nak present kat depan pun aku rasa yakin.bagi aku, part yang paling penting untuk dijaga ialah bahagian mata..kerana, setiap pertemuan kita ni samaada dengan klien ke atau sesiapa sahaja tentu bermula dengan mata..untuk mendapatkan mata yang cantik, tak perlu kita nak touch up kening kita sebenarnya..ni banyak pendapat la..ade yang kata boleh cukur kening.ade yang kata haram..(ape2 je la kan)..tapi bagi aku, untuk mata yang cantik, cukup sekadar celak..atau eyeliner..





Dalam kesibukan membuat tugasan, aku masih sempat mengembara ke Banting untuk menuntut secebis ilmu yg amat bermakna..aku ucapkan terima kasih kepada Afiti kerana mengenalkan aku kpd insan ini iaitu Dr Alya Zara..Pada mulanya, Afiti mengajak aku untuk bermlm di rumahnya. Namun, memandangkan aku ada test hari isnin, aku bercadang untuk balik terus pada hari yang sama untuk aku study. Sibuk memanglah sibuk. Dengan tugasan yang banyak...tetapi aku terfikir, bila lagi aku nak berjumpa dengan insan istimewa ini memandangkan beliau cuma 2 minggu di Malaysia. Mendengarkan Afiti sering bercerita tentang insan ini, aku bersetuju dengan pelawaan Afiti. Pada hari Sabtu, aku gagahkan langkahku walaupun dengan keadaan sakit kepala. Jauh perjalanan luas pandangan..Aku menaiki bas ke Puduraya pada jam 10.30 pagi..sesampai sahaja di Pudu, aku mengambil Lrt ke masjid Jamek untuk ke Kelana Jaya..Aku berterima kasih kepada Afiti kerana memandu aku yg memang buta arah..Sesampai sahaja di Kelana Jaya, Afiti menelefon seorang kenalan yang diketahui hanya melalui blog dan ym..bayangkan melalui dunia maya tersebut, interaksi sosial aku turut dapat diperluaskan..memang betul sekiranya kita kata kita sudah ramai mengenali manusia hanya memalui dunia siber ini..tetapi bagi aku, pertemuan ini cukup bermakna kerana kenalan ini merupakan seorang wanita yg berkejaya.Beliau bekerja sebagai engineer..seumur hidup aku la, aku tidak pernah bertemu dengan orang yang sebegini..dikenali sebagai Kak Wati (berbaju merah)..Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya beliau tiba dengan perdana hitam..Kak Wati juga merupakan salah seorg daripada peminat Dr Alya..aku terus mengembara lagi, meneroka jalan untuk ke Banting..dari Kelana Jaya, aku meredah Klang dan juga Pantai Morib..memang jauh dan sangat memenatkan..kepala aku yg sakit ni makin menjadi-jadi..akhirnya misi berjaya..aku tiba di rumah Dr Alya.ketibaan kami disambut oleh husband Dr..dan beberapa saat kemudian, muncul lah Dr Alya di muka pintu..aku yg pada mulanya excited menjadi tergamam..namun, disebabkan oleh sikap Dr Alya yang sangat peramah, aku pun turut naik la..memang rancak perbualan kami, tidak putus-putus..aku tertarik dengan perbincangan warna diri..banyak ilmu yg aku dapat hingga tak terluah..berbual..berbual jgk..tapi mulut rancak mengunyah..huhu..banyak makanan yg dihidangkan..nasi, kuih, kek dan coklat special from United Kingdom..mmg best la..memang bertuah aku..sambil-sambil itu, aku sempat juga menimbulkan suasana lucu apabila menimbul kan topik tentang berat badan aku ni.tibalah masa untuk aku balik..Dr Alya sebenarnya menginginkan kami untuk bermalam di rumahnya tetapi aku terpaksa tolak kerana masih banyak perkara yg perlu di lakukan di Upsi..dalam perjalanan pulang, kami singgah la kejap di pantai morib dan bergambar..akhirnya, selesai sudah pencarian..di sini aku letakkan beberapa foto untuk tatapan bersama..



byk perkara yang berlaku sepjg tiga hari ni..seperti yg dah sedia maklum, skrg ni ade pesta konvo kt upsi ni.mungkin biasa aje bagi sesetengah orang..tapi bgi aku, ianya cukup bererti..kerana ape?kerana pada semester ni, aku pusing-pusing pesta konvo bersama housemate aku..dan mereka ni tak pernah pun aku kenal sebelum ni.alhamdulillah, kami mempunyai keserasian.bagus juga yer kerana aku menambah ramai lagi kenalan.bagus juga sebabkan aku dapat luaskan interaksi sosial aku..mereka adalah Sa, Izin, Seha dan jugak Siti..housemate aku ni seramai 8 orang..dan 4 org tak usahlah aku ceritakan kerana diorang ni memang havock..mereka adalah Afiti Gonzales, Napis Ferer, Mekda Alfonso dan aku Aida Montesinos..huhuhu..alhamdulillah..syukur sangat2..kerana bersama mereka, aku tenang..bersama mereka juga, membuatkan aku dapat berkongsi..bersama mereka membuatkan aku jadi budak-budak..bersama mereka, aku jadi pandai memasak..bersama mereka, aku jadi vogue..bersama mereka membuatkan aku bahagia..dan aku berdoa agar aku sentiasa dianugerahkan insan-insan yg sentiasa menyokong aku..kat atas ni, aku letak gambar diorag..yg adik aku empat org lagi, nanti i tambah pic diorg yer..
erm..lama sudah kukira tak mencoret kat diari kemboja ni.seminggu cuti berlalu disebabkan H1N1.hakikatnya, memang banyak giler asignment tertangguh.proposal aku tak siap-siap.jurnal kanak-kanak, modifikasi..konsultasi. tapi itu semua akan berlalu jgk.apa yg aku ingin coretkan di sini ialah tentang 'diri' aku yg terbaru..aku rasakan seolah-olah aku adalah diri aku yg baru.tak tahulah kenapa ek tapi yg pasti semester ini bukan seperti semester lepas..aku refleks sejenak..memang betul.mungkin disebabkan faktor umur yg makin meningkat ni atau mungkin jgk sebab aku dah semester last..hehe.keyakinan kendiri aku rasanya dah meningkat sampai 80%..begitu jgk dengan pemikiran aku ni..aku rasa aku sudah betul-betul matang (dah pakai spek dah) terutamanya dalam menilai sesuatu tentang manusia ni..muka aku pun dah makin berseri-seri tapi tu pada pandangan diri aku sendiri..(apa aku kisah org kata).