Sunday, August 16, 2009

kembara ilmu bersama Dr Alya







Dalam kesibukan membuat tugasan, aku masih sempat mengembara ke Banting untuk menuntut secebis ilmu yg amat bermakna..aku ucapkan terima kasih kepada Afiti kerana mengenalkan aku kpd insan ini iaitu Dr Alya Zara..Pada mulanya, Afiti mengajak aku untuk bermlm di rumahnya. Namun, memandangkan aku ada test hari isnin, aku bercadang untuk balik terus pada hari yang sama untuk aku study. Sibuk memanglah sibuk. Dengan tugasan yang banyak...tetapi aku terfikir, bila lagi aku nak berjumpa dengan insan istimewa ini memandangkan beliau cuma 2 minggu di Malaysia. Mendengarkan Afiti sering bercerita tentang insan ini, aku bersetuju dengan pelawaan Afiti. Pada hari Sabtu, aku gagahkan langkahku walaupun dengan keadaan sakit kepala. Jauh perjalanan luas pandangan..Aku menaiki bas ke Puduraya pada jam 10.30 pagi..sesampai sahaja di Pudu, aku mengambil Lrt ke masjid Jamek untuk ke Kelana Jaya..Aku berterima kasih kepada Afiti kerana memandu aku yg memang buta arah..Sesampai sahaja di Kelana Jaya, Afiti menelefon seorang kenalan yang diketahui hanya melalui blog dan ym..bayangkan melalui dunia maya tersebut, interaksi sosial aku turut dapat diperluaskan..memang betul sekiranya kita kata kita sudah ramai mengenali manusia hanya memalui dunia siber ini..tetapi bagi aku, pertemuan ini cukup bermakna kerana kenalan ini merupakan seorang wanita yg berkejaya.Beliau bekerja sebagai engineer..seumur hidup aku la, aku tidak pernah bertemu dengan orang yang sebegini..dikenali sebagai Kak Wati (berbaju merah)..Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya beliau tiba dengan perdana hitam..Kak Wati juga merupakan salah seorg daripada peminat Dr Alya..aku terus mengembara lagi, meneroka jalan untuk ke Banting..dari Kelana Jaya, aku meredah Klang dan juga Pantai Morib..memang jauh dan sangat memenatkan..kepala aku yg sakit ni makin menjadi-jadi..akhirnya misi berjaya..aku tiba di rumah Dr Alya.ketibaan kami disambut oleh husband Dr..dan beberapa saat kemudian, muncul lah Dr Alya di muka pintu..aku yg pada mulanya excited menjadi tergamam..namun, disebabkan oleh sikap Dr Alya yang sangat peramah, aku pun turut naik la..memang rancak perbualan kami, tidak putus-putus..aku tertarik dengan perbincangan warna diri..banyak ilmu yg aku dapat hingga tak terluah..berbual..berbual jgk..tapi mulut rancak mengunyah..huhu..banyak makanan yg dihidangkan..nasi, kuih, kek dan coklat special from United Kingdom..mmg best la..memang bertuah aku..sambil-sambil itu, aku sempat juga menimbulkan suasana lucu apabila menimbul kan topik tentang berat badan aku ni.tibalah masa untuk aku balik..Dr Alya sebenarnya menginginkan kami untuk bermalam di rumahnya tetapi aku terpaksa tolak kerana masih banyak perkara yg perlu di lakukan di Upsi..dalam perjalanan pulang, kami singgah la kejap di pantai morib dan bergambar..akhirnya, selesai sudah pencarian..di sini aku letakkan beberapa foto untuk tatapan bersama..

No comments:

Post a Comment