Tuesday, April 14, 2009

tak hbs2..

skrg..aku mmg dlm keadaan yg xstabil..utk kem kaunseling kelompok, aku terpksa wat 10 sesi utk kmbalikan mrkah aku..wat 10 sesi, 10 jam..wawa...tambah pula, pensyarah nk rakaman bergambar..aduhai, kt mana aku mampu merintih ni..siapa yg perlu aku rayu utk jdi ahli kelompok aku..kwn2, tlg la.........xhbs2 dengan masalah..ni la kehidupan..jgn difikirkan masalah yg remeh..hdp perlu maju ke depan..jgn diambil pusing dengan benda2 remeh ni..cayok!aku boleh!aku boleh!arghhhhhh

Wednesday, April 8, 2009

tiada lagi sinar ceria

Tika ini, saat ini..aku masih belum tidur..mgkin normal je bgi org lain tpi tdak bgi aku..selalunya jam 10 aku sudah tdo..tapi mlm ni, ntah mengapa..jam dah menunjukkan 1.07 pagi..tapi mata ini masih belum mahu lelap..byk perkara yg aku fikirkan..diri, pelajaran, keluarga..mcm2 lagi..pendek kata, ms depan aku..kalau mengikut pembacaanku sebelum ini, tak elok kalau kita fikirkan ms depan kerana itu semua sudah tersurat di a'rasy..namun, aku hanyalah insan biasa..sentiasa berfikir dan berfikir..bkn aku ingin mengeluh cuma sekadar melegakan fikiran..sekrg2nya dengan coretan ini, aku sedikit lega..Angin malam sepoi2 meniup rambutku yg kusut..sekusut fikiranku..pusingan kipas kuperhatikan satu persatu..aku ingin mencari ketenangan..tiada tempat utk aku mengadu..tiada tempat utk aku bersandar..apa maknanya semua ini? Kulihat wajahku di cermin, tiada sinar ceria lagi seperti dulu..mengeluh..itu saja yg aku mampu..aku duduk termenung..apa yg difikirkan aku pun tak tahu..saat ini, mmg aku kesunyian..aku keseorangan..tiada lgi insan2 yg selama ini di sisi..bila melihatkan gambar kwn2 di Hay Resort, aku sedikit kesal..namun, ini bukan yg kuminta..

Monday, April 6, 2009

aku dah jadi Naruto

slm dan hai kpd sume...hehehe...alhamdulillah aku sihat. tapi fikiran tak berapa tenang nie..walau bagaimanapun, itu bukan penghalang untuk aku. sepanjang ketiadaan aku, aku mendpt banyak calling dan mesej dari sahabat sume..thnks to all of u..terutama sue, as, aina dn fiti yg mmg xpts2 amik berat psl aku..tanpa kamoo, sape lah akoo..ekau wallak..ako me problema..hehe..cakap filipina la pulak.erm..mmg aku xpergi ke kem kelompok.aku sedar markahnya sangat tggi..60 mrkah tuuuuuuu...tapi tu xbermakna aku akan abaikan paper yg lain.alhamdulillah, asgmt silang budaya dh siap..proposal pon hampir mencecah ke bab 3..alhamdulillah..aku akan cuba pulihkan paper yg lain. dan juga pulihkan diri aku ni..mmg cita-cita aku sgt jauh..kalau boleh, aku ingin terbang. namun, aku manusia biasa. kadang-kadang aku jatuh tergolek2..terpaksa bangun sendiri dengan bantuan sahabat2 aku..xpe2..aku tahu aku boleh..aku tahu sejauh mana kemampuan ku..sekurang-kurangnya aku masih sedar..walaupun aku tidaklah sebijak mana tapi aku percaya impian aku yg menggunung akan membawa aku terus melangkah dan melangkah, mencapai sedikit demi sedikit impianku..mcm Naruto..walaupun Naruto tu seorang yang lembap, tapi disebabkan semangatnya nak jadi hokage, dia tak peduli apa yg orang kata..tidak seperti Sasuke yang sememang sangat bijak tapi disebabkan kebijakannya, dia ego dan akhirnya membiarkan Orochimaru menawan jiwanya..kahkahh...

Thursday, April 2, 2009

aku pasrah..

Sungguh ku tak menyangka..ianya akan bernoktah di sini. aku tahu aku yg bersalah.inilah dunia yang kupilih dan akhirnya, aku tewas sebelum berjuang. Aku tidak kuat untuk berhadapan dengan semua ini. Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini. berikan aku seribu kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu ini. Betapa beratnya beban yang aku tanggung. Aku tidak tahu apa kesudahannya. Aku memohon maaf kepada semua andai aku menyusahkan kalian. Faiz, Aina, Sue, Ela, As, Afiti...dan semua yang lain. Aku tetap berharap ujian ini akan berakhir dengan kebahagiaan dan ketenangan..Andai ini pertemuan kita yang terakhir, ketahuilah bahawa detik2 kita bersama adalah satu kenangan yang terindah dalam hidupku..akan kuabadikan ia selamanya..

Monday, March 23, 2009

excited nk duduk luar sem dpn..yea!

slm sume..ni sebenarnye aku nk kgsi ngn kwn2 sume..sepjg 6 sem aku kt upc,aku telah menjdi penghuni tetap di KAB...hehe..tpi sem dpn aku dh nk duduk kt luar..tentu ramai yg kata "la,kan dh sem 7,wat ape nk dok kt luar?"tu la jgk kata2 aku ms aku mula2 msuk upc dulu..ada yg kata duduk kt luar ni xde aktiviti..ade yg kata xleh nk aktif..tpi sumenye boleh andai kita nak..tu yg ptg..jadi,sem dpn blh la aku dok main msk2 ngn housemate baru aku..fiti..hohoho..nanti tiap2 pgi i nk msk jemput2..haha...blh la aku menyerlahkan bakat memsk yg ada ni,..kononnye la..ihihi..sem dpn,mula la hidup aku utk berdiri di atas kaki sendiri...g kls sendiri..tapi tu pon klu jadi la..insyaallah..yg ptg,my daddy dh kasi kebenaran....hehe..thnks dad

Friday, March 20, 2009

waaa..aku xsihat

slm kpd sume..juz wanna sharing with u all..sejak hari isnin lps,aku dmm..lps dmm kebah,selesema pulak..pas tu batuk2..waaa...sedeynye..batuk smpai mengganggu tidurku..apepon,xpe la..tu dugaan bgiku..sakit tu penyembuh dosa...

Monday, March 9, 2009

slot subconcious

aku bru je bgn tdo ni..pecaya atau x?dri kul 5 ptg semlm aku tdo smpai la pagi ni...smpai discuss silang budaya pun aku xpegi..penat btl..sebenarnye,aku sgt kepenatan kerana bru je hbs prgram selama 3 hari 2 mlm di SMKA Slim River..selama 3 hari tersebut,aku sgt enjoy bersama rakan fasi yg lain..first time aku bekerjasama dgn Iman dan rakan2...best sgt..rupanye kami sekepala..tiada mslh yg timbul disbbkn kami..kerjasama yg diberikan sangat ok dn memberi kesan kpd peserta kursus..aku diberi jawatan sbg bendahari prgram..xpenah aku menyandang jwtn itu...sumenye mmberi aku seribu satu pengalaman yg tidak ternilai...slot yg terakhir iaitu subconcious atau agape love dikendalikan oleh aku bersama afiti..aduhai..mmg cabaran kerana tidak senang utk bermain dgn emosi org...aku tidak pernah pegi ke kem sifu kita iaitu en aziz..jadi aku tak tahu sgt la psl agape love itu..namun aku tahu aku mampu..walaupun ada sesetgh rakan yg mengatakan bahawa slot itu kurang kekuatannya,aku terima kritikan itu seadanya..namun aku anggap slot itu sudah pun berjaya kerana itu aku dipilih utk mengendalikan slot tersebut bersama tidak lain tidak bkn...Nor Afiti Binti Mohd Basri..guru bitara....pelajar-pelajar yg biasanya selalu mmbuat bising dan mmg hyperaktif memberi tumpuan dan tidak mengganggu pelajar yg lain..bkn mudah utk bermain dgn emosi manusia..matlamat slot ini bknlah utk mmbuatkan pelajar-pelajar menangis spt yg en aziz katakan tetapi cukuplah sekadar mereka senyp,mmberi tumpuan dan yg plg penting kesan yg mendlm kpd hati mereka..bkn mudah utk menarik perhatian pelajar-pelajar yg terlalu ekstrovet itu..alhamdulillah...aku dn rakan2 berjaya jua akhirnya...

Thursday, March 5, 2009

lama tidak menjenguk blog...

Assalamualaikum sume..erm,dh lama aku xmenjenguk ke diari kemboja ni...sudah beberapa hari aku agak sibuk...sibuk dgn asgmt,sibuk dgn keje part time,sibuk dgn persediaan utk program, midterm..mmg sgt memenatkan..namun,itulah tugas aku sbg pelajar.banyak yang aku pelajari dari keletihan ini.sume aspek la..ketabahan,kerjasama,dan juga mkna persahabatan.di sini aku mempelajari bagaimana utk berdikari..ini lah dunia sebenar dan ianya mengajar aku untuk berpijak di bumi yg nyata.dalam kepenatan ini,pelbagai ragam manusia yg aku dpt lihat..yelah,aku ni mmg suka mengkaji manusia..humanistik la katakan..once kita di satu tahap,ada yg meninggalkan kita terus dalam kepenatan sendirian..sampai satu peringkat,insan itu melepaskan genggaman aku dari pautan tangannya..aku dibiarkan sendirian mengharungi kepenatan itu..namun,ada yang setia di sisi memberikan aku sokongan untuk teruskan perjuangan ini..di sini lah ertinya kehidupan..

Thursday, February 19, 2009

Gemuruh-Azamku Membara

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan


Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

5. Buat Perancangan
Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4. RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya. Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).

6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: "Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Wednesday, February 18, 2009

FIKIR BOLEH...


Lirik ini dipetik daripada lagu motivasi yang sering dinyanyikan untuk menanamkan ke dalam minda kita bahawa jika kita sentiasa berfikiran BOLEH maka kita BOLEH melakukannya. Hayati lirik ini satu persatu, kerana kita jarang merasa kekuatan kata-kata motivasi dalam lirik ini ketika sedang menyanyi.


Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu,

Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan,

Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan,

Engkaulah apa yang kau fikirkan, terkandung dalam pemikiran,

Berfikir boleh melakukan, fikirkan boleh,

Percaya apa kau lakukan, tabah apa kau usahakan,

Bertindak atas kemampuan, kau boleh………..

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN

Sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur sepak terajang dalam kehidupan seharian.
Selepas sekolah - atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.
Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.
Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.
Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.
Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.
Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm
Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.
Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.
Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran. Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenaan ialah:
Aktuari
Arkitek
Bioteknologi
Bioperubatan
Veterinar
Dietetik
Juruterbang
Sains Nuklear
SAINS AKTUARI
Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.
Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
1. Meminati bidang ini.
2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.
3. Mahir di bidang komputer
4. Mempunyai kemahiran menganalisis.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
SYARAT-SYARAT UMUM
Kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.
Selain itu, kementerian Pendidikan juga menawarkan program-program matrikulasi sains hayat dan fizik yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, Matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain.
ARKITEK
TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.
seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir.
SYARAT-SYARAT
Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.
Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:
Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.
Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan
Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.
Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahasa melayu.
Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.
BIOPERUBATAN
BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.
Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.
Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.
Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.
Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.
Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.
Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains
Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.
Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.
Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.
Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.
Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.
Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.
BIOTEKNOLOGI
Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains.
Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.
Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.
Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.
Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.
DIETETIK
Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.
Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan.
Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D mata pelajaran biologi.
Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu
Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.

KEDOKTORAN VETERINAR
Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.
Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan.
Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.

JURUTERBANG
Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

SAINS NUKLEAR
Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor industri.
Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.
Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.
Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.

Saturday, February 14, 2009

Hari Kekasih Tradisi Penganut Kristian


SETIAP Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai ‘Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih.Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?


Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci.


Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.Renungi firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman. “Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak dapat masuk syurga selagi tidak beriman, dan tidak beriman selagi tidak berkasih sayang sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan yang kalau kamu kerjakan dapat menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim)Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam sambutan Aidiladha yang baru saja berlalu. Kisah kecekalan hati seorang ayah dan kesabaran serta keredaan seorang anak dalam menunaikan perintah Allah itu dirakamkan dalam firman-Nya bermaksud : “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama (Nabi) Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu.” Dia (Nabi Ismail) menjawab: Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102-103)Ayat seterusnya merakamkan ketabahan dan kecekalan hati kedua-duanya dalam menjunjung perintah Allah walaupun ternyata begitu berat dan hampir tidak mampu dilakukan, melainkan dengan keimanan kukuh dan kecintaan yang mendalam terhadap Rabb-nya.Hayati lagi kisah mereka menerusi firman Allah bermaksud : “Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran kedua-dua kamu telah membenarkan mimpi itu), sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Surah as-Saffat, ayat 103-107)Peristiwa besar itu diangkat martabatnya oleh Allah, lalu mewajibkan mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pada Aidiladha, ketika berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah haji.


Itulah lambang keimanan dan kasih sayang sejati iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah semata-mata.Dalam suasana umat Islam masih berduka cita lantaran kesengsaraan dan musibah yang melanda, terutamanya di bumi Aceh, Palestin, Iraq dan seumpamanya. Marilah, kita menghulurkan bantuan demi kasih sayang sesama insan. Pastinya bantuan kita itu tidak sia-sia kerana pahala sedekahnya akan dinikmati sepanjang hayat selagi insan yang menerima sumbangan itu memanfaatkannya.

Friday, February 13, 2009

~Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik~

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.
Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.


Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.


Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua. Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.


Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Wahai Wanita

Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan. Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..
Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.