Sunday, August 16, 2009

geng tmn bernam jln haruan no 758..





byk perkara yang berlaku sepjg tiga hari ni..seperti yg dah sedia maklum, skrg ni ade pesta konvo kt upsi ni.mungkin biasa aje bagi sesetengah orang..tapi bgi aku, ianya cukup bererti..kerana ape?kerana pada semester ni, aku pusing-pusing pesta konvo bersama housemate aku..dan mereka ni tak pernah pun aku kenal sebelum ni.alhamdulillah, kami mempunyai keserasian.bagus juga yer kerana aku menambah ramai lagi kenalan.bagus juga sebabkan aku dapat luaskan interaksi sosial aku..mereka adalah Sa, Izin, Seha dan jugak Siti..housemate aku ni seramai 8 orang..dan 4 org tak usahlah aku ceritakan kerana diorang ni memang havock..mereka adalah Afiti Gonzales, Napis Ferer, Mekda Alfonso dan aku Aida Montesinos..huhuhu..alhamdulillah..syukur sangat2..kerana bersama mereka, aku tenang..bersama mereka juga, membuatkan aku dapat berkongsi..bersama mereka membuatkan aku jadi budak-budak..bersama mereka, aku jadi pandai memasak..bersama mereka, aku jadi vogue..bersama mereka membuatkan aku bahagia..dan aku berdoa agar aku sentiasa dianugerahkan insan-insan yg sentiasa menyokong aku..kat atas ni, aku letak gambar diorag..yg adik aku empat org lagi, nanti i tambah pic diorg yer..

Wednesday, August 12, 2009

tension tahap dewa sehhh

Hati ini bagaikan menjerit..meronta..fikiranku pun sangat kusut..memang jelas terpancar di wajahku sehinggakan ditegur oleh napisah..dia cakap aku tak pernah mcm ni..penat betul..pagi sampai la jam 7, ada je kerjanya..ada meeting modifikasi tingkah laku..memang memeningkan..sebab aku tak faham apa main point yang sebenar.aku gagahkan kaki ini untuk melangkah ke bilik Puan Jun bersama napisah dan ela untuk merungkai semua kemusykilan.terjawab sudah..lepas tu, jumpa pula en Taqi untuk settlekan proposal. pergi pula ke library kerana dua rakan sedang menunggu iaitu hasida dan suhana..sebenarnya aku tension dok memikirkan bagaimana la nak menyiapkan tugasan ni.aduh...lepas tu, aku pergi mencari jurnal dengan bertemankan napis dan ela..dok cari-cari tapi no document found..berkali-kali aku taip keyword tapi tetap sama..isy, rasa memang nak meletup tadi..aku memang nak meletup.kemudian pergi pula ke bus stop untuk pembahagian tugasan jurnal ni la..lepas tu, g solat..lepas tu, g makan kat bitara..lepas tu, tunggu Tuan Syed untuk pengesahan borang nak tempah ruang legar bitarasiswa..tapi tunggu punya tunggu, Tuan Syed tak jadi jumpa sebab dia ada hal lain..apa lagi, aku dan napisah pergila pusing-pusing pesta konvo..huhu..menghilangkan tension la konon tapi tak leh..sebab aku ni terlampau berfikir..waaaaaaaaaaaaa....tugasan hantar minggu depan..ada 2 midterm iaitu modi and kanak-kanak..proposal pun tak habis-habis lagi..................waaaaaaaaaaaaaaaaa...Ya Allah, cekalkanlah hati aku ni..

Tuesday, August 11, 2009

diri aku yang baru semester ini..

erm..lama sudah kukira tak mencoret kat diari kemboja ni.seminggu cuti berlalu disebabkan H1N1.hakikatnya, memang banyak giler asignment tertangguh.proposal aku tak siap-siap.jurnal kanak-kanak, modifikasi..konsultasi. tapi itu semua akan berlalu jgk.apa yg aku ingin coretkan di sini ialah tentang 'diri' aku yg terbaru..aku rasakan seolah-olah aku adalah diri aku yg baru.tak tahulah kenapa ek tapi yg pasti semester ini bukan seperti semester lepas..aku refleks sejenak..memang betul.mungkin disebabkan faktor umur yg makin meningkat ni atau mungkin jgk sebab aku dah semester last..hehe.keyakinan kendiri aku rasanya dah meningkat sampai 80%..begitu jgk dengan pemikiran aku ni..aku rasa aku sudah betul-betul matang (dah pakai spek dah) terutamanya dalam menilai sesuatu tentang manusia ni..muka aku pun dah makin berseri-seri tapi tu pada pandangan diri aku sendiri..(apa aku kisah org kata).

Wednesday, July 29, 2009

H1N1-UPSI dikuarantinkan

slm dn slmt pg kpd sume..nmpknye hari ni aku akan hbskan ms kt bilik je la..for the first time, upsi dikuarantinkan gara-gara virus H1N1..malam tadi, aku mendapat tahu dari seorg kawan di KAB mengatakan ada perjumpaan bersama pengetua dn TNC..tapi aku xpasti jam berapa..sah mmg hari ni cuti..mengikut apa yg aku dengar, ada pelajar yg positif H1N1..dan pagi ni, aku ym bersama seorg sahabat..memang sah upsi tutup.pagi tadi, dia pergi ke kampus tapi tak dibenarkan masuk.dan aku sms bersama seorg insan, dgr cerita tanjung malim pun kena kuarantin jgk..semuanya gara-gara babi.

Friday, July 17, 2009

bentang semula proposal

salam pembuka bicara..skrg aku kt libry..tgh wat semula proposal..baru semlm aku membentangkan proposal tetapi nasib tidak menyebelahi aku..aku terpaksa buat semula..dan semuanya terpaksa ditukarkan..dari tajuk sehinggalah alat ujian..dari kulit depan hinggalah ke kulit belakang..pada mulanya aku agak sedih..memang rasa nak menangis tapi aku percaya ada hikmahnya terjadi sebegini..alhamdulillah, aku dapat merasionalkan fikiranku..dan jana semula mindaku untuk memulakan langkah semula...sebelum ini, kajian aku berbentuk korelasi.tetapi buat kali kedua, aku membuat tinjauan juga tetapi berbentuk deskriptif..di sini, aku sebenarnya telah mempelajri dua perkara..bagaimana untuk membuat kedua-duanya sekali..bagus juga proposal aku direject..kerna ini, aku dapat mempelajari dua perkara yg berbeza..alhamdulillah..

Monday, July 13, 2009

alhamdulillah

alhamdulillah...makan sudah, segalanya sudah..semester ni, bermulalah hidup aku sbg penghuni kediaman luar kampus..dengan semua ahli rumah yg agak baru nak rapat, mmg aku rs best sgt2..semuanya supporting dan happening la..setiap kali aku membuka blog ini, aku lebih suka untuk mencoretkan ttg perjalanan kehidupanku seharian..tapi tak semua la..semester ni adalah semester terakhir aku berada di UPSI dan kalau boleh, aku ingin menghabiskan semester ini dengan penuh ketenangan dan keindahan..alhamdulillah, semester ni aku agak tenang walaupun sudah 'dipeningkan' dengan pembentangan proposal.namun, entah mengapa hati ini seperti langsung tidak gusar..andai kata kalau kena reject sekalipun, aku seolah-olah tidak risau..mungkin kerana pengalaman pada semester lalu, perkara-perkara sebegini akan berlalu jua akhirnya..biarkan masa yg membawa aku menghadapi segalanya..tetapi, takut juga..andai aku mensia-siakan masa yg sentiasa meninggalkan aku jauh ke belakang..terasa seperti baru sahaja aku melangkahkan kaki ke UPSI ini..mungkin kawan-kawan semua sedang sibuk menyiapkan proposal tapi aku masih sempat melayangkan fikiran ini ke masa lalu..sambil menarik nafas panjang,hati ini berasa sangat tenang..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT kerna memberikan aku ketenangan ini..

Sunday, July 12, 2009

lamanye xjumpa dia..




salam kpd sume..meniti hari menjelang waktu..akhirnya cuti dua bulan berlalu jua..masa berlalu begitu pantas kan..dah tua dah..hehe..rindunya kat dia..sape ek?tentu lah teman setiaku iaitu diari kemboja..banyak rasanya yang ingin diceritakan kepadanya.tak terkira..sepanjang dua bulan ni, banyak sangat yang berlaku...(bersambung)
Sebenarnya waktu cuti dua bulan aku habiskan di Johor iaitu di rumah kakak aku..dan selama dua bulan tu jgk aku habiskan dengan menjadi minah kilang..semua tu sebenarnya pengalaman.boleh dikatakan setiap cuti semester aku akan pergi ke Jb untuk bekerja..dan aku tahu, bukan aku seorang yang begitu.kwn2 lain pun ada jgk kn?dengan bekerja ni, aku dapat lupakan sekejap tentang study dan memang itu bolah releasekan tension aku as a student..namun, saat stdy tu akan datang jgk macam skrg ni.hehe..aku rindukan saat-saat dua bulan tu..dengan kawan2 di kilang..semuanya best2.
Aku jgk rindukan anak-anak sedara aku..hampir 5 bulan aku tak jenguk diorang..dan skrg, semuanya dah besar dah..comel lote sumenye..kacukan pakistan lah katakan..kat cni, ada beberapa picture yang aku amik untuk dijadikan kenangan..

Sunday, May 3, 2009

bloglah teman setia

sudah agak lama kukira..xmenjenguk blog ni..maklumlah, pc aku pun dah dibungkus..nak balik kampunglah katakan..ni pon aku pinjm laptop member jap..erm,jam sudah menunjukkan pukul 10.34 am..aku baru bangun tidur..lewat jgk..final exm pun xhbs lagi.xde perkara yg menarik berlaku sejak minggu lepas..minggu exm,sumenye terhalang..kononnya nak stdy..namun, di saat aku xstabil ni, aku bertuah kerana aku dianugerahkan roomate yg sangat memahami dan someone yg xpernah hilang dari sisi aku..walaupun roomate aku sendiri tidak mengetahui apa yg berlaku sebenarnya, namun berada bersamanya setiap hari membuatkan aku happy dan lupakan masalah..thanks to da..antara mereka, ada satu lagi tempat untuk aku mencurahkan perasaan iaitu diari kemboja..tika aku susah, menderita..blog la tempat untuk aku mencurahkan apa yg terpendam..sebab blog hanya mendengar..hanya mendengar apa yg terpendam di hati aku, hanya membiarkan aku meluahkan apa saja..bukan konfran, bukan mengajukan pelbagai soalan yg bertalu..malangnya, ada sesetengah insan yg tidak memahami apa yg terpendam ini..apabila terjadi begitu, tidak mengapalah..aku tidak memaksa..siapalah aku untuk itu..aku hanya mampu membisu..ingin diluahkan tapi risau pula diserang dengan pelbagai soalan..aku luahkan pun masih tidak dapat diterima..jadi, aku sudah memilih jalan ini..jalan yg mungkin membuatkan aku rasa selesa..walaupun kesunyian menyelubungi diri, aku masih punya teman setia iaitu blog aku..sekurang-kurangnya, apabila aku dah meluahkannya kat blog, tidak perlulah aku jumpa terapis kan..dari dulu aku suka menyebut ungkapan manusia itu unik..tapi kadang-kadang ungkapan itu hanya bermain di bibir tanpa makna..sedangkan di belakang, kita masih tidak dapat menerima hakikat bahawa 'manusia itu unik'..

Wednesday, April 29, 2009

ini bkn kata2 insan yg lemah

hari ni dua subjek telah berlalu..alhamdulillah.aku hadapinya dgn tenang walaupun semlm aku sgt2 tertekan..namun,itulah lumrah manusia.apa yg dirisaukan itu akan berlalu jua akhirnya..mlm tadi aku menangis keseorgn kerana terlalu memikirkan 'kesusahan' exm..tapi tu la kn,susah mana pun soalan,tetap aku jwb jgk..ptg ni aku mendapat tahu bahawa carry mark utk subjek kelompok dah pun keluar..aku memang tidak mengharapkan apa utk subjek ini..hanya mampu berserah..seperti yg telah aku jga,aku mendapat mrkah yg sgt2 rendah..xsampai separuh pun..namun,itulah markah yg sepatutnya aku dapat..yela,aku tidak dpt hadir ke kem kelompok..hakikatnya,mrkah komitmen utk kem ini pun sudah mencecah 40 mrkah..kalau nk diikutkan,mrkah pengurusan dan penglibatan aku mmg kosong..aku tidak menyalahkan sesiapa,malah bkn jua salahku..ituah suratan yg perlu aku hadapi..aku terdengar bisikan-bisikan yg..ntahlah..'eh,rendahnya markah aida'..walhal pada ketika itu,aku berada di belakang mereka..tidak mengapa..sekurang-kurangnya,aku masih mendapat markah..utk final exm ni, mrkah diperuntukkan sebyk 30 mrkah..insyaallah..walaupun A sudah ternyata bkn dalam genggaman, sekrg2nya aku masih berpeluang untuk mendpt B..cayok!

Monday, April 27, 2009

just go my way


just go my way?erm..mcm best je tagline ni kan?hehe...sebenarnye tagline ni aku amik ms aku citer naruro..erm,naruto..ni lah hobi tebaru aku.dulu aku mcm xsuka je tgk citer ni..tapi sejak kebelakangan ni,rs mcm bez je tgk citer ni..mcm2 yang aku boleh amik dari citer ni especially dari watak utamanya iaitu naruto..naruto tu sebenarnya seorang yg hyperaktif..semua bnda dia nak explore.tapi satu je perkara yang membuat dia berdikari iaitu loneliness..tapi di dalam kesunyian itu,bkn semua org tinggalkannya.masih ada insan yang menyayanginya iaitu kakashi,sasuke,dan juga sakura..dan naruto berjuang demi org2 yang menyayanginya itu..dalam perjalanan ni,pelbagai perkara yg kita tempuh..lain destinasi,lain bentuk perjuangannya..sama sepeti naruto..mula2 dia berjumpa dgn iruka,lps tu jumpa dgn kakashi..dn lepas tu,dia jumpa dgn jiraiya..makin ramai org yg kita kenal,makin bertambah2 ilmu yg kita ada..tu la hobi baru aku..tgk naruto..hehe..

Friday, April 17, 2009

dunia belum berakhir-nostalgia lama..

dunia belum berakhir bila kau putuskan aku.......
masih banyak teman-teman ku disini menemaniku......
dunia belum berakhir bila kau putuskan aku...........
wajahku juga menyolek-yolek amat ada yang mahu......
ku fikir-fikir ku fikir-fikir lebih baik kau ku menyingkir.....
ku fikir-fikir ku fikir-fikir ohh.............
dunia belum berakhir bila kau putuskan aku
paling-paling juga kau juga memandang balik padaku........
oh.................ku fikir-fikir ku fikir-fikir lebih baik kau ku menyingkir.......
ku fikir-fikir ku fikir-fikir ohhh.............
dunia belum berakhir bila kau putuskan aku.....
masih banyak teman-teman ku di sini menemaniku........
andai kau tahu apa yang ku rasakan andai kau mahu mengerti oh........
dunia belum berakhir bila kau putuskan aku
paling-paling juga kalau kau juga memandang balik padaku........
ku fikir-fikir ku fikir-fikir lebih baik kau ku menyingkirku fikir-fikir ku fikir-fikir........ohhhhhh
dunia belum berakhir bila kau putuskan aku
paling-paling juga kalau juga kau memandang balik padaku........
paling-paling juga kalau juga kau memandang balik padaku........
dunia belum berakhir.................wawawawa...

lamanye xdgr lagu ni...

mulut manis mcm gula..hati macam cuka

gud mowningggggggggg mumbaiii..hehe..pgi2 ni mcm biasa la..aku mmg bgn awl..aku mmg jrg tdo lps subuh.ntah, mgkin dh dididik mcm tu kot..pgi2 ni aku lyn lagu rock.hehe..semangat cket rs nk menempuh hdp ni yg mmg rock..biar betul..biar betul-betul yg dirockkn oleh kumpulan Akar..erm, teringat pula pembentangan seorg sahabat iaitu Masyitah psl terapi muzik..dia lbh kurg sama la mcm aku wlupun xsama pun..pgi2 dia akan dgr lagu-lagu rakyat utk naikkn semangat..utk hiburkan hati..klu aku pula, aku akan lyn lagu2 yg blh menggegarkan jantung aku ni..pgi2 pun, bising la bilik aku..al-maklumlah, wlupun speaker xbpe besar, tpi bising jgk la rumah tu..bak kata en aziz, dia pula pgi2 akan dgr surah2 tertentu utk tenangkn hati..biasa la tu.cara manusia ni berbeza-beza..hati dan akal manusia xsama..jadi, kita xleh nk samakan sume org..kan kan kann..hehe..aku hrp hari ni, akan kutempuh dgn penuh semangat..kuhrpkan senyuman yg sweet pd pgi ni akan kekal smpai mlm ni..bila menari dongak ke langit..yeah yeah!!

Wednesday, April 15, 2009

perjalanan masih jauh

minggu ni merupakan minggu terakhir aku berada pada semester ni..sedar tak sedar, rupanya banyak perkara yang berlaku sepanjang 14 minggu ini..suka duka aku harungi dan aku percaya, rakan-rakan jua pasti mengalami banyak perkara.dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita hadapi pelbagai rintangan dan tentangan..yg baik..yg buruk..macam2 lagi.namun itu semuanya dugaan kita dalam mencapai matlamat kita yg satu iaitu kejayaan..walaupun kita sudah tiba ke kemuncak semster ini, tetapi sebenarnya perjalanan kita masih jauh..aku sendiri dapat melihat satu titik yang sangat kecil di hadapanku..jauhnya sehingga kelihatan kecil mcm semut..dn sebenarnya segala apa yang aku buat sekarang ini adalah untuk mencapai titik yg satu itu..apa yg aku lakukan ini adalah untuk diri aku sendiri dan keluarga..apabila aku mendapat kepuasan itu, barulah aku fikir kan tentang org lain..npe aku jdi begini?kdg2 seolah-olah aku ni pentingkan diri sendiri..Kerana pengalamanlah mendidik aku menjadi begini..kutoleh kiri, kutoleh kanan..aku kejar semuanya tapi apa yg aku dapat?kini, aku bagai tersedar kembali..aku perlu kejar impianku yg satu itu..kerana apa pun, itulah yg menentukan masa depan aku..mmg, apa yg kita buat tak semestinya disukai oleh semua org..but what for?manusia mempunyai fikiran yg berbeza dan nilai yg berbeza..begitu juga antara kita..bak kata pepatah ni, rambut sama hitam tapi hati payah utk kita selami..bila disebut sebagai pelajar, semua menyebut tentang matlamat tapi sejauh mana matlamat itu?tidak semua matlamat kita sama..ada yg hanya belajar ingin setakat degree..ada yg masih ingin menyambung pelajaran..ada yg kata dh penat belajar..itulah manusia kan..tapi bgi aku, matlamat itulah yg akan menentukan cara dan tindakan kita..itulah yg melambangkan personaliti kita sebenarnya..bagaimana kita bergerakbls terhadap rgsangan yg dtg dari luar dn dlm diri kita, itulah diri kita..apa yg telah berlaku ini mmg mengajar aku utk menjadi seorg wanita yg lebih kuat..minda, emosi, fizikal..cita-citaku utk jadi kaunselor bkn setakat di sini sahaja..bukan setakat di upsi..banyak yg aku ingin capai..aku ingin terbang jauh..sejauh yg mungkin untuk melihat dunia ini..apa yg ada, keindahan dunia..itulah impianku..rakan-rakan sekalian, jomlah..kita sama-sama terbang untuk melihat perjalanan kita..

Tuesday, April 14, 2009

tak hbs2..

skrg..aku mmg dlm keadaan yg xstabil..utk kem kaunseling kelompok, aku terpksa wat 10 sesi utk kmbalikan mrkah aku..wat 10 sesi, 10 jam..wawa...tambah pula, pensyarah nk rakaman bergambar..aduhai, kt mana aku mampu merintih ni..siapa yg perlu aku rayu utk jdi ahli kelompok aku..kwn2, tlg la.........xhbs2 dengan masalah..ni la kehidupan..jgn difikirkan masalah yg remeh..hdp perlu maju ke depan..jgn diambil pusing dengan benda2 remeh ni..cayok!aku boleh!aku boleh!arghhhhhh

Wednesday, April 8, 2009

tiada lagi sinar ceria

Tika ini, saat ini..aku masih belum tidur..mgkin normal je bgi org lain tpi tdak bgi aku..selalunya jam 10 aku sudah tdo..tapi mlm ni, ntah mengapa..jam dah menunjukkan 1.07 pagi..tapi mata ini masih belum mahu lelap..byk perkara yg aku fikirkan..diri, pelajaran, keluarga..mcm2 lagi..pendek kata, ms depan aku..kalau mengikut pembacaanku sebelum ini, tak elok kalau kita fikirkan ms depan kerana itu semua sudah tersurat di a'rasy..namun, aku hanyalah insan biasa..sentiasa berfikir dan berfikir..bkn aku ingin mengeluh cuma sekadar melegakan fikiran..sekrg2nya dengan coretan ini, aku sedikit lega..Angin malam sepoi2 meniup rambutku yg kusut..sekusut fikiranku..pusingan kipas kuperhatikan satu persatu..aku ingin mencari ketenangan..tiada tempat utk aku mengadu..tiada tempat utk aku bersandar..apa maknanya semua ini? Kulihat wajahku di cermin, tiada sinar ceria lagi seperti dulu..mengeluh..itu saja yg aku mampu..aku duduk termenung..apa yg difikirkan aku pun tak tahu..saat ini, mmg aku kesunyian..aku keseorangan..tiada lgi insan2 yg selama ini di sisi..bila melihatkan gambar kwn2 di Hay Resort, aku sedikit kesal..namun, ini bukan yg kuminta..