Wednesday, September 30, 2009

perasaan ini kembali lagi..

hari ini kumulakn dgn langkah yg tenang.walaupun semlm, aku sangat bercelaru..memikirkan apa yg telah berlaku pada diri ini.Ya Allah, kau berikanlah petunjuk pada diriku. Berikanlah ketenangan pada hati ini..hati ini seolah-olah dihentak dengan batu..menekan dan terus menekan.aku keliru, betulkah apa yg kulakukan selama ni?adakah penantian ini akan terjawab..semalam aku pergi ke putrajaya untuk mendapatkan kepastian tentang proposalku tapi hampa..masih belum diluluskan..tidak mengapa.aku pergi bersama Aina, Ejoe dan juga Napisah..walaupun mentari terik di kepala, aku masih gelak tawa..sebenarnya tawa yang berpura-pura..aku tidak mampu untuk menyembunyikan apa yg terpendam di hati ini..terpancar juga di mukaku tentang kekeruhan itu.aku masih berjalan-jalan di putrajaya tu..mengambil gambar dan mcm-mcm lagi..Alhamdulillah, agak lega sedikit.aku menunaikan solat Asar di masjid putrajaya..tenang sangt.tak pernah aku merasakan seperti itu..aku termenung seketika..seandainya ketika itu aku berada di masjid Nabawi ataupun di Madinah, alangkah bahagia hati ini..sangat tenang.tidak mahu aku tinggalkan tempat itu..dan dalam sembahyang, sempat aku berharap sesuatu..selepas menunaikan solat, Napisah menegur aku, kenapa muka aku nampak seperti orang yang redha..aku hanya tersenyum..biarlah jawapan itu hanya diketahui oleh aku dan Yang Maha Esa..mungkin itu yang terbaik..dua tahun yang lalu, perasaan yang sama pada hari ini...arghhhh...tidak mahu aku ingat lagi peristiwa hitam itu..biarlah ianya mengalir..berlalu begitu sahaja..

Tuesday, September 29, 2009

silaturrahim






jam menunjukkan pukul 12.38 pgi..mata ni sebenarnya sudah lama layu tetapi ada beberapa misi yang belum selesai..aku gagahkan jua la semata-mata untuk menulis di entri ini. tak ku sangka, raya telahpun berlalu..cepat je kan masa berlalu.bayangan waktu kecil dulu menjelma di ingatan ni..tika itu, aku baru pandai bermain bunga api..masih dengan muka tak malu meminta duit raya..sekarang, aku sudahpun berumur 23 tahun..aku pula yg memberi duit raya kat budak-budak..raya tahun ini aku habiskan di rumah kakak aku di johor bharu.happy juga beraya di sini sebab agak meriah dengan suara nakal budak-budak..namun, sayu pula hati apabila teringatkan ayah di kampung.

walaupun di sana ada internet, tapi aku masih tak berkesempatan untuk menulis di blog kerana sibuk melayan karenah anak-anak saudara..sesekali, aku menjenguk tagged dan friendster..peluang diambil untuk menghantar email kepada saudara di Australia iaitu jehangir khan..siapa jehangir khan ini?sebenarnya beliau ini ialah adik kepada abg ipar aku..mereka ni berasal dari Pakistan..sekarang, abg ipar aku telahpun mendapat status pemastautin tetap di Malaysia manakala adiknya menjadi pemastautin di Australia..jodoh itu tak ke mana..saudara aku ini pun berkahwin dengan warganegara Australia..sesungguhnya, aku bertuah sangat-sangat kerana berpeluang untuk bersaudara dengan orang jauh.tidak hairan kalau kita dengar abang atau kakak kita belajar di oversea..tapi aku ni lain..bersaudara dengan orang yang sememangnya org oversea..hehe..aku sangat bertuah kerana sesungguhnya silaturrahim ini bukan senang untuk terjalin..aku pula bagaimana?di sini, aku paparkan beberapa gambar saudara aku ini..semoga ukhwah ini terjalin bahagia..

Tuesday, September 15, 2009

penguasaan bahasa hindi

salam kepada semua..untuk pengetahuan semua, aku masih belum balik kampung.huhu..ntah ape2 la ayat ni..erm, straight to da point.alhamdulillah, sudah pun aku berada dalam keadaan yg tenang sedikit..baru sahaja melayari blog dr alya zara..wah, memang fantastic..aku sangat kagum dengannya..bilalah agaknya aku akan berada di negara asing sepertinya.tetapi sebelum itu, aku haruslah menguasai banyak bahasa sebelum merantau ke negara orang.alhamdulillah, setakat ini, aku agak fasih juga berbahasa inggeris walaupun penulisanku agak mengecewakan..namun, tidak mengapa..bercakap tu lebih penting..huhu..selain bahasa inggeris, aku juga agak fasih berbahasa hindi!hehe..mungkin sebab minatku dan bahasa itu sendiri yang mudah untuk dipelajari.bagi aku, bahasa hindi ini juga tidak kurang juga pentingnya..bahasa ini digunakan oleh lebih dari tiga buah negara (bangladesh, india, pakistan, sri lanka, nepal) dan lain-lain..jadi, tak sukar la kalau kita menguasai bahasa hindi kan..khususnya kepada empunya-empunya kilang yang terbanyak kat negara kita ni.al-maklumlah, malaysia ni antara pengimport terbanyak pekerja asing.jadi, memang patut belajar bahasa ini juga supaya dapat bagi arahan yang betul kpd pekerja kilang tu..barulah company tak rugi..hehe..sama juga seperti bahasa inggeris..hehe..di sini, aku letakkan lah beberapa ayat mudah hindi untuk kita fahami.
kesa hai tum-apa khabar?
khana kalo-jom makan
punny piyo-nak air?
hamara naam-nama saya...
kyu-kenapa
kuch nehi-tak ada apa-apa
kam kya hai-tgh buat apa tu?
kya bhat karo-apa yg awak merepek?
suna nehi-tak dengar
main-saya
hamara-saya punya
tum-awak
pyar/ishq/mohabbat-cinta
kya bhola-apa yg awak cakap?

Monday, September 14, 2009

kerna aku mencintainya....

i love u!(bersambung)...

Sunday, September 6, 2009

rendangku rasa kari, nasi ayamku tak jadi..



hoho..lawak ade, geram pon ade..aku ni dilahirkan sebagai seorang yang tak pandai masak..tapi satu yg special tentang aku ialah aku rajin nak mencuba.tapi cubaan tu hanya dibuat apabila aku dok sorang2 je kat dapur..aku kena explore sendiri tanpa ada banyak songeh dari orang lain..biasalah kan,setiap orang tu resepinya berbeza-beza..kalau aku memasak sambil ada mulut-mulut yang dok mengacau, aku tak akan memasak.well, hari ni aku nak kongsi la sikit tentang resepi yang aku cuba semalam..seumur hidup aku ni, aku tak pernah memasak rendang walaupun pada hari raya..dan aku suka makan nasi ayam tapi aku tak pandai buat nasi ayam.sambil melayari internet, aku tak pernah pun melepaskan peluang untuk mencari resepi kegemaran..hehe..dan nah, inilah hasilnya..rendang yg aku masak rasa kari tapi boleh tahan juga sedapnya..nasi ayam yang aku masak ni jgk lembik..huhu..tapi ayamnya sedappppp...mungkin aku ni hanya boleh masak lauk-pauk je kot..walaupun begitu, aku tak akan putus asa untuk terus belajar memasak sebab ni hobi baru aku (persediaan nak kawin)huhu..

Thursday, September 3, 2009

aku tak akan melupakanmu










mowninggggggggggggggg mumbai!hehe...hari ni aku rasa segar je badan ni.mungkin mendapat tidur yg secukupnye..hehe..pagi2 lagi aku pegi jemur baju yg dibasuh malam tdi.sambil menjemur, aku terpandang hutan kat belakng rumah aku, tenang rasa..nampak kehijauan je..aduh.sampai kpala pun jadi hijau da..lepas tu, mcm biasa la..hobi aku tiap-tiap hari, melayari internet..dan aku buka la diari kemboja ni..terbaca di dashbord, agak banyak juga entri kawan-kawan yg masih belum di baca..aku pun baca la..erm, ramai yang bercerita tentang sahabat dan perhubungan (ada gak topik lain). so, apa yg aku nak kongsi pada pagi yang indah ni. macam nak kongsi tentang sahabat jugak la..sepanjang tujuh sem aku berada kat sini, ramai insan-insan istimewa yg aku kenal (bukan org cacat taw)..apabila nak cerita, memanglah tak habis aku nak menulis..cuma, aku boleh katakan yg korang sume memang best..supportive dan banyak kenangan yg kita bersama..i love u all!dan setiap insan (faiz, ela, kak da, su, fiti, napis dan aina) yg ada dalam gamba ni memang aku syg sgt2.. setiap hari, dengan merekalah aku berada dan luangkan masa bersama..rindu sgt2

Wednesday, September 2, 2009

Rahsia Berjalan Wanita

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tuesday, September 1, 2009

di mana noktahnya perjalanan ini..

salam kpd semua..alkisahnye bermula dgn masa berbuka tadi..hari ni, aku bukak puasa bersama dua sahabat baikku iaitu ela dan faiz..pertemuan yg pada mulanya tidak dirancang..bermula dengan sms from ela..aku terima pelawaan itu dgn hati yg sgt2 terbuka.. alhamdulillah berjalan dengan baik. sudah lama kiranya aku tak meluangkan masa bersama dua insan istimewa ni.kalau faiz ade, ela pulak yang tak ade..rindu korang semua..pertemuan ini sememangnya tidak disia-siakan..selain makan-makan, perbualan kami memang tak terlepas dari 'masa depan' dan 'perhubungan'..dua perkara ni seolah-olah menjadi trademark kami sejak dulu lagi..kami yang tak lekang-lekang dari ketawa itu terdiam apabila mendgr faiz yang asyik menceritakan entri di blognya..kita sudah hampir untuk kita semakin jauh..begitulah lebih kurangnya..sama-sama berfikir.bila kuimbas, aku sudah pun melangkah ke semester tujuh.ini pun sudah separuh semester dh..banyak perkara yang aku alami sepanjng tujuh semster ini yang sudah tentunya berkaitan dengan suka dan duka dengan kawan-kawan..aku harap aku tidak akan lost contact dengan kalian semua..namun, di manakah noktahnya perjalananku?kalau ikut apa yang aku impikan, aku ingin menyambung pengajianku ini..ke peringkat master..layakkah aku?pelbagai monolog yang aku dgr..biasalah, segelintir manusia hanya pandai memberikan komen yg macam2..sentiasa menghalang dan memberi alasan walhal mereka pun sama juga jahil pengetahuannya..aku sentiasa berfikir dan berfikir..bolehkah aku hanya duduk di sekolah sebagai kaunselor..sedangkan aku fikir aku masih boleh pergi lebih jauh dari itu..di mana noktahnya..aku harap sgt2 kepada lecturer dan kawan2 yg ada impian sepertiku, apa kata kita berbincang tentang hala tuju kita..tapi tu la, ilmu ni tak akan datang bergolek kalau kita tak cari..aku dikurniakan pemikiran yang agak matang dan agak berpandangan jauh..apa yang aku buat pada hari ini akan melahirkan aku pada masa akan datang..nampak seperti aku tidak serius di dalam kelas..aku ingin berkongsi sedikit cerita di sini..pada awal-awal semester dulu, aku rajin sangat nak baca buku..itulah kerja aku tak kira masa..sehinggakan kawan-kawan aku ajak pergi wat prgram pun aku tolak..kononnya nak habiskan masa untuk study dan wat asgmt..kini, baru aku sedar.ilmu itu bukan hanya dari buku dan sebenarnya pengalaman itu lebih bermakna..dan aku ingin membina pengalamanku sendiri..