Wednesday, March 31, 2010

hidup baru

salam buat semua..lama sudah kiranya jari jemari ini tidak mencoretkan penanya kat laman blog kemboja ini.Apa perkembangan terbaru langsung aku tidak ambil tahu. Tidak berkesempatan.entah lah.setelah kutunggu, penantian ini selesai jua akhirnya. Tapi apakah ini bermakna aku berjaya?Apa ertinya kejayaan ini?aku masih belum merasakan bahawa aku telah berjaya.apa nak jadi dengan aku ini.kini, aku berpraktikal di sebuah sekolah di pelabuhan klang.banyak pengalaman dan kenangan yang aku tempuhi di sini. semuanya bercampur baur tapi yang banyaknya kenangan pahit.aku merasakan bahawa aku hidup sebatang kara di sini.walaupun datang berdua, tetapi entahlah...inilah hidup yang sebenar2nya.aku yang dikatakan mementingkan diri sendiri kini ditikam dari belakang pula.pelbagai cerita yang buruk tentang aku disebarkan kepada orang lain, walhal aku cuma menjalankan hal aku sahaja.inilah dugaan Allah buatku.aku akan terus bersabar selagi aku mampu.tapi sekiranya sabar ini sudah melebihi had, aku tahu la ape yang perlu aku lakukan. namun, dalam meniti hari2 yang pahit, aku jua mendapat hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku.Seorang teman yang aku sudah lama aku kenal kini sudah pun memeluk Islam.Beliau berbangsa Iban. betapa hatiku tenang.betapa perjuanganku selama ini terbalas jua.Walaupun ahli keluarganya agak menentang keras, namun sebagai seorang insan yang rapat dengannya, aku akan terus memberinya sokongan selagi aku berdaya. Dan aku tahu, perjuangan ini mendapat banyak sokongan juga dari teman-teman yang lain. aku juga mendapat keluarga angkat di sini.Sebuah keluarga yang sederhana cuma, tetapi mereka menyayangiku seperti anak mereka sendiri.Aku juga mendapat ramai kenalan baru. Segalanya bermula di chat room putrajaya3. mereka semua masing-masing punya nama dan id tertentu. Lat, Goku, Gel, Ainzz, Cute, Epul, Lan..semuanya best dan supportive.dan aku pula dengan gelaran tong.hahaha..teringat pula bagaimana aku mendapatkan id tersebut.Baru-baru ini iaitu hari Ahad yang lepas, kami telah mengadakan satu perjumpaan bertempat di Sg Congkak di Hulu Langat, Selangor.Lat yang menjemput aku di port klang ini. Betapa berhormatnya aku dijemput oleh King Room..huhuhu..sampai je di sana, semuanya bersalam dengan aku dan menegur aku dengan sangat mesra.Ya Allah, inilah kurniaan dari-Mu.Aku sedih kerana kehilangan seorang sahabat tapi Allah itu Maha Adil.Aku dikurniakan dengan ramai lagi teman-teman yang boleh bergelak ketawa dengan aku. Lupa seketika aku pada yang seorang itu.Inilah hidup baru yang aku ada sekarang ini dan akan kuhargai semua kenangan itu sampai aku mati.

Thursday, November 19, 2009

semuanya satu

baru dapat celik akal ni..satu??apa yang satu?nombor, pakwe?ape dia ek..aku tak pasti tentang anda tapi aku hanya memilih satu sahaja..macam ni sebenarnya..aku dok view2 blog aku ni.aku sebenarnya ada dua blog..satu diari kemboja dan satu lagi segalanya realiti.tapi aku just manage one blog je iaitu diari kemboja.tak terlarat aku nak menguruskan kedua-duanya..bila terfikir lagi, aku pun ada dua handphone.satu celcom dan satu maxis..tapi aku just on one handphone jugak iaitu celcom sebab tak larat nak topup dan angkat org call..jadi, aku pon pilih satu jugak.lagi ape dia ek?aku pun pilih nombor satu dalam kehidupan..iaitu untuk mencapai kesempurnaan kendiri.aku pasti sume org pun mcm tu..satu Tuhan iaitu Allah.satu suami tapi xpasti lagi siapa..satu ayah.satu mak.satu adik..satu abang..dan satu kakak..semuanya satu la..nape ek aku begitu sinonim dengan angka satu ni..kompius2..mari kita sama2 fikir..hehe..tata

Wednesday, November 18, 2009

saya peminat puan


salam kpd sume pembaca setia blog aku..jam menunjukkan pukul 6.12 a.m.aku baru je bngun tido sebab nak solat isyak tadi..lebih kurang 15 minit yang lepas lalu switch-on pc kesayangan aku ni.jari jemariku menekan2 mouse, mencari apa yg menarik untuk dibaca..tagged, facebook..itulah yang biasanya menjadi hobiku di waktu kelapangan..lalu aku membuka blog ni untuk melihat apakah post yg terbaru oleh rakan-rakan..semalam aku sangat sibuk dari pagi sampailah ke malam.aku terpaksa menghadiri taklimat praktikum ataupun internship counselling.special kn namanya?dalam kekalutan aku dengan taklimat tersebut, aku masih sempat mencuri sedikit masa untuk ke bilik en. Taquddin untuk settlekn tesis aku.alhamdulillah, lama menanti akhirnya berbaloi juga.draf yg pertama sudahpun diconteng2 dan aku kena betulkan mana yg patut.taklimat semalam diakhiri dengan taklimat oleh pn Nazariah, my idol..memang aku suka sangat dengan pn Naza ni..dengan keintelektualannya, dengan gaya sebagai seorang pensyarah, dengan ilmunya..aku teringin menjadi sepetinya tapi dalam versi aku la..huhu..insyaAllah, nanti beliau akan ke Hong Kong untuk congkak tech nya.jadi, pada akhir taklimat tersebut, rakan-rakan sumenya bersalam dengannya dan mengucapkan gud luck kepadanya..aku pun tak terlepas jua..malah, masih sempat lagi aku berkata, "puan, saya peminat puan".mula2 tu puan macam tak dengar..lepas tu, puan terkejut dan memegang bahuku, "apa dia?awak peminat saya?terima kasih banyak2".lepas tu kami sama2 ketawa.aduhai..terharunya rasa sebab dapat cakap dengan dia..macam artis pulak.semester ni aku tak berkesempatan untuk blaja dengannya sebab aku tak ambil minor personalia yg diajar olehnya..aku sangat2 berharap agar aku dapat menjadi sepertinya.insyaAllah..doakan aku yer kawan2.ok la, aku undur diri dulu.jam pun sudah 6.24 a.m..aku nak solat dulu sebab air sembahyang masih ada..kang melepas pulak..tata

Monday, November 2, 2009

malam seakrab persahabatan








malam yg penuh sejarah dan gemilang..hehe..kononnya..sebenarnya aku bersama tiga sahabat yang lain plan nak anjurkan satu majlis makan-makan..mcm BBQ la kot..majlis ni diadakan antara aku dan teman-teman yang rapat sahaja..bukanlah satu jamuan untuk batch seperti malam pragraduasi itu..jamuan yang ringkas aku rasa tapi penuh makna..dan malam itu adalah malam kegembiraan buat kami semua..pertemuan dua hati..dua jiwa..bukan dua lah..tapi banyak hati, banyak jiwa..hehe..dan ini kenangan kita semua..

Tuesday, October 20, 2009

penat tapi puas..

salam kpd semua..lama kiranya aku rasa tak mencoret kat blog ni.dgn diriku yang tak terurus selama sebulan ni, memang aku tak mampu nak luangkan masa aku depan pc kesayangan aku ni.dan aku pasti, kawan-kawan pun mempunyai masalah yg sama terutama rakan-rakan kaunseling..sibuk kan nak buat tesis?erm..bukan sibuk sebenarnya, itu lah perjalanan hidup kita sebagai seorang pelajar.lumrah dan lama-kelamaan, saat itu akan berlalu jua..memang aku penat, memang jua aku letih..aku wat tesis di sekolah di kawasan JB dan tempoh nk buat tu terpaksa memakan masa selama seminggu..aku perlu menanti pihak sekolah untuk edarkan soal selidik tu (survey) sehinggakan aku terpaksa ponteng kelas..bukan apa, akhir-akhir semester ini, masalah kewangan menjadi penghalang..jadi, untuk menjimatkan kos, aku terpksa ponteng kelas dan menanti di JB saja..urusannya bukanlah senang..aku terpaksa turun naik JPN sebab pengetua tu mintak surat JPN..masa nak cari JPN, sikit punya payah..aku terpaksa suruh abg aku keje separuh hari untuk teman aku cari JPN Johor..kami orang susah, kereta pon tak ade.jadi naik motor je la.bayangkan nak cari JPN, 3 jam kami dok pusing-pusing dengan motor..dengan keadaan yg panas terik, dengan kepala aku yang tertekan, dengan abg aku yang bwk motor laju..aku rasa macm nak meletup sgt dah.tapi sabarrrr...itulah ungkapan yng aku guna untuk pujuk diri sendiri.bukan tak tanya orang, dah tanya..tapi yela..kalau kami memang asal JB, itu bukanlah satu masalah yang sukar..kenapa aku pilih JB?erm..entah ek..ingin aku keluar dari kepompong yang menjerat diriku..inilah jua peluang untuk aku tengok dunia lain..dan akhirnya, alhamdulillah...siap sudah saat untuk edarkan soal selidik..tibalah masa untuk key in dan analisis data pulak.alhamdulillah, kerja aku dipermudahkan lagi..malam tadi, seorang sahabat sanggup datang membantu aku, Afiti dan juga Napisah untuk analisis data ni.itulah dia sahabat aku, Faiz..mulanya, aku dan Afiti masak la sikit-sikit..untuk hidangkan kat sahabat aku ni.Afiti masak mihun sup, aku pulak goreng cekodok bawang..makan sudah, apa lagi..merangkak-rangkak lah kami untuk analisis data..lama juga nak makan masa tu.semuanya saling membantu malam tadi.Faiz tlg aku analisis..kami yang lain tlg Afiti tanda-tanda soal selidik...aku tolong Napisah key in data..alhamdulillah, kerja settel..tapi kpala aku dah pusing sangt dah ni..tibalah kul 4 pagi..baru lah Faiz balik.kami wat kerja di depan rumah kami la..siap bntang tikar..aku, Fiti dan napisah ni kononnya nak hantar faiz sampai depan rumah dia kat Taman Malim tu..terpaksa lah jalan kaki dari rumah kami..tapi tu la..kul 4 pagi, memang semua kecut perut..mulut aku ni tak lepas dari baca ayat Kursi tapi baca perlahan-lahan je la..kang kena kutuk penakut ngan diorang ni..bukannya ape, takut ada anjing sesat je kat situ..masa nak masuk Taman Malim tu, memang ada pon sekor anjing kat lorong tu..berdiri tegak dengan ekor yang bercacak, apa lagi, kami pusing la balik..aku dengan pakai seluar tdo, Napisah yang pakai skirt, Afiti yang cuma berkain batik dan Faiz yang hanya berseluar pendek..memang lawak..sampai pembahagi jalan tu pon kami lompat..huhuhu.punyalah takut kena kejar..lastly, bila anjing tu dah pusing ke lain, Faiz pon balik sorang-sorang dengan langkah seribu..aduhai..semester ni, banyak sangat kenangan manis yang tak dilupakan..tapi kita semakin hampir untuk kita semakin jauh..sedey sangat2..

Wednesday, October 7, 2009

alkisah aku, faiz dan napisah dikejar anjing

huhuhu..geli hatiku bila mengingatkan kenangan semalam..ni faiz punya perancangan lah ada mulanya.faiz kan on diet sekarang, jadi dia pun mengajak aku dan napisah menemaninya berjoging.so, tak kisahlah sebab jogging tu pun untuk kesihatan aku jugak kan..lalu, jogging lah kami pusing-pusing taman bernam (syurga anjing).bukanlah jogging pun, cuma jalan kaki aje..hehe..lepas tu, faiz dan napisah mengajak aku memasuki satu lorong tu.sebelum ni, aku pernah melalui lorong tu untuk pergi ke umah klien sesi kanak-kanak..seingat aku, ada anak anjing yang sangat comel kat situ..memang pun aku terserempak dengan anjing comel tu..masa tu, anjing tu tengah bermain-main dengan maknya..huhuhu..aku pun takut la melihat anjing tu..apalagi, aku ajak faiz dan napisah masuk lorong lain..masuk je lorong tu, dari jauh lagi dah kelihatan seekor anjing yang agak besar juga..ala-ala serigala gtu..menyalak-nyalak dekat kami.apalagi, aku yang takut-takut lebih-lebih ni berkeras jugak nak pergi ke jalan yang lain..pelik bin ajaib, napisah ngn faiz rileks je..aduhaii,jalan punya jalan, sampai lah kami di restoran jejari..mulanya, nak menguruskan badan tapi lain pulak jadinya..aku order manggo shake dan juga mee rebus..sedap giler..pehhhhhhhh!lepas tu, jalanlah kami nak balik dah ni..sampai di satu lorong antara bilik kuliah taman bernam dan restoran kunyit, tiba-tiba muncullah anjing yang tak tahu sesat dari mana.dok kejar motor seorang apek cina..tak tahu macam mana, anjing betukar haluan lalu mengejar kami..aku yang perasan anjing tu dah terlalu dekat, apa lagi...pecut 100 meter la..memang besar anjing tu, paras paha kot, berwarna putih..aku sempat lagi melihat di leher anjing tu, tedapat satu rantai..mungkin anjing ni sememangnya anjing liar dan terlepas kot..huhuhu...aku lari la masuk mekanik yang ada kat situ..nape aku masuk mekanik?sebabnya ada banyak motor kat luar dan confirm anjing takkan dapat masuk dan kejar aku..aku masih dapat melihat bagaimana anjing tu mengejar faiz..tapi pelik.faiz tak lari tapi dok mengangkat-angkat kakinya sebab takut digigit.napisah pulak lari masuk ke kedai runcit dan nak menyorok kat bawah kaunter dengan harapan anjing tu takkan dapat masuk kat bahawa kaunter tu..hahaha..dah tengok napisah masuk ke kedai tu, faiz pun baru lah langkah seribu..malu sangat bile dingatkn detik-detik tu...aku yang lari masuk ke mekanik tu ditertawakan oleh abang-abang proton yang ada kat situ..huhu..memang malu gila..tapi ni lah sebenarnya kenangan kami yang manis..huhu..tapi lepas ni, aku dah confirm fobia dan takut dah untuk berjalan kaki di kawasan itu.

Friday, October 2, 2009

sahabat





salam kpd sume..alhamdulillah, hari ni aku rasa lega dah berbanding semalam..walaupun mataku memang bengkak, tapi aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang setia berada di sisi.betullah kata orang, cinta yang hilang boleh dicari tapi sahabat sukar untuk ditukar ganti.thanks aku ucapkan kepada kalian semua kerana sentiasa mendengar luahan hati dan membuat aku berasa sangat happy pada hari ini.

Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini…

Wednesday, September 30, 2009

perasaan ini kembali lagi..

hari ini kumulakn dgn langkah yg tenang.walaupun semlm, aku sangat bercelaru..memikirkan apa yg telah berlaku pada diri ini.Ya Allah, kau berikanlah petunjuk pada diriku. Berikanlah ketenangan pada hati ini..hati ini seolah-olah dihentak dengan batu..menekan dan terus menekan.aku keliru, betulkah apa yg kulakukan selama ni?adakah penantian ini akan terjawab..semalam aku pergi ke putrajaya untuk mendapatkan kepastian tentang proposalku tapi hampa..masih belum diluluskan..tidak mengapa.aku pergi bersama Aina, Ejoe dan juga Napisah..walaupun mentari terik di kepala, aku masih gelak tawa..sebenarnya tawa yang berpura-pura..aku tidak mampu untuk menyembunyikan apa yg terpendam di hati ini..terpancar juga di mukaku tentang kekeruhan itu.aku masih berjalan-jalan di putrajaya tu..mengambil gambar dan mcm-mcm lagi..Alhamdulillah, agak lega sedikit.aku menunaikan solat Asar di masjid putrajaya..tenang sangt.tak pernah aku merasakan seperti itu..aku termenung seketika..seandainya ketika itu aku berada di masjid Nabawi ataupun di Madinah, alangkah bahagia hati ini..sangat tenang.tidak mahu aku tinggalkan tempat itu..dan dalam sembahyang, sempat aku berharap sesuatu..selepas menunaikan solat, Napisah menegur aku, kenapa muka aku nampak seperti orang yang redha..aku hanya tersenyum..biarlah jawapan itu hanya diketahui oleh aku dan Yang Maha Esa..mungkin itu yang terbaik..dua tahun yang lalu, perasaan yang sama pada hari ini...arghhhh...tidak mahu aku ingat lagi peristiwa hitam itu..biarlah ianya mengalir..berlalu begitu sahaja..

Tuesday, September 29, 2009

silaturrahim






jam menunjukkan pukul 12.38 pgi..mata ni sebenarnya sudah lama layu tetapi ada beberapa misi yang belum selesai..aku gagahkan jua la semata-mata untuk menulis di entri ini. tak ku sangka, raya telahpun berlalu..cepat je kan masa berlalu.bayangan waktu kecil dulu menjelma di ingatan ni..tika itu, aku baru pandai bermain bunga api..masih dengan muka tak malu meminta duit raya..sekarang, aku sudahpun berumur 23 tahun..aku pula yg memberi duit raya kat budak-budak..raya tahun ini aku habiskan di rumah kakak aku di johor bharu.happy juga beraya di sini sebab agak meriah dengan suara nakal budak-budak..namun, sayu pula hati apabila teringatkan ayah di kampung.

walaupun di sana ada internet, tapi aku masih tak berkesempatan untuk menulis di blog kerana sibuk melayan karenah anak-anak saudara..sesekali, aku menjenguk tagged dan friendster..peluang diambil untuk menghantar email kepada saudara di Australia iaitu jehangir khan..siapa jehangir khan ini?sebenarnya beliau ini ialah adik kepada abg ipar aku..mereka ni berasal dari Pakistan..sekarang, abg ipar aku telahpun mendapat status pemastautin tetap di Malaysia manakala adiknya menjadi pemastautin di Australia..jodoh itu tak ke mana..saudara aku ini pun berkahwin dengan warganegara Australia..sesungguhnya, aku bertuah sangat-sangat kerana berpeluang untuk bersaudara dengan orang jauh.tidak hairan kalau kita dengar abang atau kakak kita belajar di oversea..tapi aku ni lain..bersaudara dengan orang yang sememangnya org oversea..hehe..aku sangat bertuah kerana sesungguhnya silaturrahim ini bukan senang untuk terjalin..aku pula bagaimana?di sini, aku paparkan beberapa gambar saudara aku ini..semoga ukhwah ini terjalin bahagia..

Tuesday, September 15, 2009

penguasaan bahasa hindi

salam kepada semua..untuk pengetahuan semua, aku masih belum balik kampung.huhu..ntah ape2 la ayat ni..erm, straight to da point.alhamdulillah, sudah pun aku berada dalam keadaan yg tenang sedikit..baru sahaja melayari blog dr alya zara..wah, memang fantastic..aku sangat kagum dengannya..bilalah agaknya aku akan berada di negara asing sepertinya.tetapi sebelum itu, aku haruslah menguasai banyak bahasa sebelum merantau ke negara orang.alhamdulillah, setakat ini, aku agak fasih juga berbahasa inggeris walaupun penulisanku agak mengecewakan..namun, tidak mengapa..bercakap tu lebih penting..huhu..selain bahasa inggeris, aku juga agak fasih berbahasa hindi!hehe..mungkin sebab minatku dan bahasa itu sendiri yang mudah untuk dipelajari.bagi aku, bahasa hindi ini juga tidak kurang juga pentingnya..bahasa ini digunakan oleh lebih dari tiga buah negara (bangladesh, india, pakistan, sri lanka, nepal) dan lain-lain..jadi, tak sukar la kalau kita menguasai bahasa hindi kan..khususnya kepada empunya-empunya kilang yang terbanyak kat negara kita ni.al-maklumlah, malaysia ni antara pengimport terbanyak pekerja asing.jadi, memang patut belajar bahasa ini juga supaya dapat bagi arahan yang betul kpd pekerja kilang tu..barulah company tak rugi..hehe..sama juga seperti bahasa inggeris..hehe..di sini, aku letakkan lah beberapa ayat mudah hindi untuk kita fahami.
kesa hai tum-apa khabar?
khana kalo-jom makan
punny piyo-nak air?
hamara naam-nama saya...
kyu-kenapa
kuch nehi-tak ada apa-apa
kam kya hai-tgh buat apa tu?
kya bhat karo-apa yg awak merepek?
suna nehi-tak dengar
main-saya
hamara-saya punya
tum-awak
pyar/ishq/mohabbat-cinta
kya bhola-apa yg awak cakap?

Monday, September 14, 2009

kerna aku mencintainya....

i love u!(bersambung)...

Sunday, September 6, 2009

rendangku rasa kari, nasi ayamku tak jadi..



hoho..lawak ade, geram pon ade..aku ni dilahirkan sebagai seorang yang tak pandai masak..tapi satu yg special tentang aku ialah aku rajin nak mencuba.tapi cubaan tu hanya dibuat apabila aku dok sorang2 je kat dapur..aku kena explore sendiri tanpa ada banyak songeh dari orang lain..biasalah kan,setiap orang tu resepinya berbeza-beza..kalau aku memasak sambil ada mulut-mulut yang dok mengacau, aku tak akan memasak.well, hari ni aku nak kongsi la sikit tentang resepi yang aku cuba semalam..seumur hidup aku ni, aku tak pernah memasak rendang walaupun pada hari raya..dan aku suka makan nasi ayam tapi aku tak pandai buat nasi ayam.sambil melayari internet, aku tak pernah pun melepaskan peluang untuk mencari resepi kegemaran..hehe..dan nah, inilah hasilnya..rendang yg aku masak rasa kari tapi boleh tahan juga sedapnya..nasi ayam yang aku masak ni jgk lembik..huhu..tapi ayamnya sedappppp...mungkin aku ni hanya boleh masak lauk-pauk je kot..walaupun begitu, aku tak akan putus asa untuk terus belajar memasak sebab ni hobi baru aku (persediaan nak kawin)huhu..

Thursday, September 3, 2009

aku tak akan melupakanmu










mowninggggggggggggggg mumbai!hehe...hari ni aku rasa segar je badan ni.mungkin mendapat tidur yg secukupnye..hehe..pagi2 lagi aku pegi jemur baju yg dibasuh malam tdi.sambil menjemur, aku terpandang hutan kat belakng rumah aku, tenang rasa..nampak kehijauan je..aduh.sampai kpala pun jadi hijau da..lepas tu, mcm biasa la..hobi aku tiap-tiap hari, melayari internet..dan aku buka la diari kemboja ni..terbaca di dashbord, agak banyak juga entri kawan-kawan yg masih belum di baca..aku pun baca la..erm, ramai yang bercerita tentang sahabat dan perhubungan (ada gak topik lain). so, apa yg aku nak kongsi pada pagi yang indah ni. macam nak kongsi tentang sahabat jugak la..sepanjang tujuh sem aku berada kat sini, ramai insan-insan istimewa yg aku kenal (bukan org cacat taw)..apabila nak cerita, memanglah tak habis aku nak menulis..cuma, aku boleh katakan yg korang sume memang best..supportive dan banyak kenangan yg kita bersama..i love u all!dan setiap insan (faiz, ela, kak da, su, fiti, napis dan aina) yg ada dalam gamba ni memang aku syg sgt2.. setiap hari, dengan merekalah aku berada dan luangkan masa bersama..rindu sgt2

Wednesday, September 2, 2009

Rahsia Berjalan Wanita

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.